This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Gerhana....09032016 @ 8:20am




Sebenarnya gerhana Matahari ini adalah satu fenomena yang menakutkan dan menunjukan kemurkaan Allah swt atas manusia yang banyak melakukan maksiat....
sepatutnya gerhana ini menginsafkan kita dan membuat kita terus rujuk pada Allah jika kita ini beriman kepadaNya....

عن أبي موسى الأشعري رشي الله عنه: قال: (( خسفت الشمس فقام رسول الله صلى الله عليه وسلم فز عا يخشى أن تكون الساعة
فأتى المسجد فصلى بأطول قيام وركوع وسجود ما رأيته قط يفعله وقال هذه الآيات التي يرسلها الله لا تكون لموت أحد ولا لحياته ولكن يخوف الله بها عباده فإذا رأيتم شيئا من ذلك فافزعوا إلى ذكره ودعائه واستغفاره)) رواه البخاري ومسلم.

Dari Abu Musa Al Asyaari berkata: ((telah berlaku gerhana mata hari lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم cepat bangun dalam keadaan terkejut, baginda bimbang jika fenomena ini memberi isyarat bahawa hari kiamat hampir nak berlaku lalu baginda terus menuju Masjid dan sembahyang dengan keadaan kiam dan ruku' dan sujud yang begitu panjang yang aku tidak pernah melihat Rasulullah melakukannya sebelum ini, kemudian baginda berkata: ((fenomena ini yang Allah tunjuk bukan berlaku kerana kematian atau kelahiran mana mana manusia tetapi Allah swt menakutkan hamba hambaNya maka jika kamu melihat sesuatu seperti ini (gerhana matahari) lalu kamu kena bergegas banyakan zikir pada Allah dan banyakan doa dan istighfar)).
Rasulullah صلى الله عليه وسلم sangat bimbang dan khawatir bila melihat gerhana matahari...
Kita ni bagaimana pula??!!!
0 comments

Nuffnang