This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Maqloobah = Upside down = Terbalik






 Assalamualaikum...semua dan selamat pagi,

Spt yg dijanji.. sebagai rujukan pada masa diperlukan dan kepada yg mahukan kelainan boleh mencubanya Insya Allah sgt berbaloi......Alhamdulillah...nikmat yg tidak dpt di dustakan...terlepas event yg lain Allah ganti kan dengan yg lain....serious make my day....

Nasi Maqloobah bermaksud terbalik...makanan yg popular di palestine di masak ketika ada hari besar spt hari raya, atau perkahwinan....
 
Bahan-bahan:

Sup Ayam
1 Ekor ayam ( terpulang ikut byk mana, Mengikut ustazah Mona boleh digantikan dgn kambing atau daging....oleh kerana lina sgt suka udang Insya Allah lina akan cuba masak maqlubah dengan mengunakan udang pula)
Bawang Merah besar ½ biji (di hiris)
Rempah tumis 4 sekawan
Garam (secukup rasa )
Bawang putih lebih kurang 4 ulas basuh tanpa dikupas )
Air secukupnya
Cara2
Tumis bawang dan rempah 4 sekawan dh naik bau masukkan ayam....serta air renihkan sehingga masak masuk garam ( Air sup ini di gunakan utk memasak nasi nnt...jadi simpan air sup nya.

Maqlubah Rice

3 gelas beras basmathi.
telur rebus  - berapa biji ikut suka
Kuib ayam satu
Bawang Putih
Sedikit butter dan minyak utk menumis beras
Ini rupa sup utk nasi
Air (guna air sup yg kita dah sedia kan sebelumnya)


** sayuran ini ikut suka mengikut ustazah mona nak masuk banyak mana dan sayuran yg biasa mereka gunakan terung, kentang, tomato, kobis serta bunga kobis kedlm nasi semasa memasakanya, potong panjang apa yg diajar apa pun boleh juga mengikut kesukaan serta keselesaan masing2, gaul garam dan goreng semua sayur sehingga kekuningan bunga kobis.
Sayur yg digoreng
cara nak susun sayur2 an lepas tu letak kentang, terung serta ayam
macam ni sehingga penuh kentang tu nak cepat kami guna yg ready made tinggal goreng je (baik nya gun kentang biasa tu)
Tips: Garam diletakkan supaya apabila menggoreng nanti ia tak serap minyak banyak.

terung besar (bazinjan)
kentang besar
bunga kobis (zahri) –cauliflower  ( Kobis ini di rebus terlebih dahulu kemudian di toskan air nya serta di goreng sehingga kekuningan)
biji bawang besar(potong bunga)

Ditumbuk : 1 bawang putih,
Tumis dgn butter serta lebih kurang 2 sudu minyak masak (beras di goreng sedikit serta bergaul rata)


rempah 4 beradik (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, cengkih)
rempah beriani sebungkus


* Options kalau suka:Boleh letak habbatus sauda dalam 1 sudu besar.
            Option lain kalau suka masukkan juga:
            Kekacang: - kacang goreng, badam, gajus.
            Buah zaitun

Minyak dan sedikit butter utk  masak nasi
Garam (secukup rasa)
Daun bay (daun salam pun boleh, yang telah dikeringkan)


Hiasan di atas nasi setelah masak nanti: Daun ketumbar, bawang goreng

Cara-cara:
1. Beras tak perlu dibasuh ( lina tak pasti kenapa sbb susah nk berkomunikasi kenapa tak basuh) pada lina boleh di lalukan air mcm masak nasi briyani kita basuh.... Ketepikan.
2. Cair kan butter serta campurkan dengan sedikit minyak masuk kan beras tadi di gaul rata dan dipanaskan sekejap sambil di gaul2 nak bagi semua beras tadi terkena dgn minyak..
3. Dlm periuk lain susun sayur mulai dengan sayur kobis, tomato di goreng, tomato, terung ,kentang ayam disusun lapis demi lapis diletak kan ayam serta beras , susun semua sayur tadi mengikut lapis spt tadi macam nak buat lagsana tu... (tp hari tak di goreng Ustazah mona letak kan sahaje
 
Cara2:
        Panaskan minyak. Semua sayur2 ini digoreng dan di gaulkan dengan garam
        Goreng terung sehingga kekuningan dan angkat.
        Goreng kentang sehingga kekuningan dan angkat.
        Goreng bunga kobis hingga kekuningan dan angkat.

5. Acara rempah pula, kalau ada minyak lebihan menggoreng itu, masih boleh digunakan untuk menumis rempah.
6. Masukkan bahan-bahan yang telah dimesin, rempah 4 beradik, rempah beriani, lada hitam, habbatus sauda, kekacang, daun bay. Kacau tumis sampai merenih. Jangan lupa bubuh garam. Kalau kurang minyaknya, boleh ditambah lagi. Siap, angkat dan ketepikan.
7. Acara susun menyusun di dalam periuk nasi, layer by layer:
8. Susun ayam of coz yang tetulang menghadap di permukaan bawah periuk nasi. Supaya nanti taklah teruk melekat menjadi kerak. Susun ayam sampai cover periuk tu.
9. Pastu masukkan sayuran tadi. Susunlah ikut suka mana.
10. Masukkan telur rebus. (ini terpulang boleh letak kalau suka pd hari kejadian tak letak)
11. Masukkan rempah menutupi keseluruhan permukaan, sekiranya rempah goreng tadi pekat, boleh dicairkan dengan air biasa..
12. Masukkan beras basmathi.
13. Last sekali, masukkan air, sukatan air adalah menutupi keseluruhan beras basmathi tadi sekadar ditenggelaminya. (Nak masak nasi ni sama macam nak masak nasi lain tu juga kena agak2 ye.)
14. Tutup cover periuk nasi dan masakkan nasi seperti biasa.

Selepas semuanya selesai. dan masa untuk makan, tetapi, segala menu diatas tidak sempurna tanpa sentuhan terakhir ini. Ia merupakan antara syarat penting untuk menjadikannya 'nasi maqlubah’ kerana maksud maqlubah itu adalah ‘terbalik’!! Ambil mangkuk besar atau dulang, terbalikkan periuk nasi itu dan keluarkan semua nasi di dalam dulang atau mangkuk. Hiaskan dengan taburan bawang goreng dan daun ketumbar. Sedia dihidang untuk dijamu!
Nasi ini dimakan dengan sayur salad:


Ni rupa salad tanpa mayonis....
The chef Ustazah Mona...



salad

Hirisan :
lobak merah (lina tak letak sbb tak ada dihari kejadian ), kobis (kobis unggu pun boleh kami guna kobis hijau ), timun, tomato, bawang besar, cili hijau.Lemon (yg kuning mmg la takut ada yg tak kenal kalau tak tahu juga google ye)
Gaulkan bersama: yogurt, sedikit garam dan lemon di hiris halus bersama kulit sekali (tak pahit sedap tau! Biarpun tanpa mayanis .
Nota: Mengikut ustazah mona....mereka biasa nya akan buat dua jenis satu di campur dgn mayonis dan satu lagi salad tak letak mayanis...Pada lina dua2 sedap..








1 comments

Nuffnang