Assalamulaikum semua, Cookies ni mmg dh lama dalam list tengok kat blog ita Johor. Click kat SINI nak tengok ita punya hasil....lina cookies still dlm oven tu make sure dia betul kering...lina kena tunggu lagi satu jam setgh lagi bermakna pukul 1.00 am baru betul2 masak.....sumber asal recipe drp blog maria....boleh juga ke blog MARIA utk melihat hasil drp blog nya. Terima kasih kepada kedua2 nya. Pertama kali merasa nya....rasa meringue tu tak manis sgt...base nya ranggup...pada lina kalau bintang tu bagi 4.5.... Anda yg dh rasa apa pendapat anda..sila kongsikan. Pada siapa pernah makan tu boleh la share kat sini ya. Jumaat ini di sekolah alia ada jamuan lagi walaupun bulan syawal sudah berakhir....{...}
Mai tengok recipe
Asal Maria
Copy from Ita MASAM MANIS
Lapisan Cookies - base
10 oz tpg gandum (284 gm) 1.5 oz gula kaster (45 gm) 6 oz butter (180 gm) Lapisan Putih - Toping
60 gm putih telur - 2 biji putih telur 100 gm gula aising 1 sudu teh tpg jagung Bluberry atau strawberry filling Pukul butter dgn gula hingga kembang atau putihMasukkan tepung gandum yang telah di ayak dan gaul hingga adunan menjadi doh Tuangkan adunan ke dalam loyang Canai adunan ke dalam loyang bersaiz 9 x 12 x 1 inchBakar selama 15-20 minit dgn suhu 170'c atau hingga kekuningan Keluarkan doh setelah masak Bila sejuk sikit sapu dgn Strawberry atau blueberry filing Kemudian kita buat topping. Satukan semua bahan untuk toping dan putar dalam mesin pemutar dgn high speed hingga adunan likat. Kemudian tuangkan bahan topping atas filling tadi dan ratakan Tabur pula dgn badam keping
Bakar dalam oven di rak tengah dengan suhu 90C selama 1 1/2 jam. sila ikut nasihat sifu ita ini mmg kena bakar lama, lina juga ada google nak bakar meringue ni mmg kena pelahan)
Bila sentuh permukaan dia dah kering tutup oven dan biarkan kek dalam oven yg dah di tutup suiznya itu selama 1 1/2 jam lagi supaya toping benar2 kering.
Kemudian potong. Bila dah benar2 sejuk baru keluarkan dari loyang Peringatan - cookies ni sangat rapuh dan mudah patah
Boleh juga buat dalam acuan tart yang comel ( Ni nasihat ita mmg comel tau dia buat..tp lina malas tu yg tak buat)