This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Ikan Bakar Cara Protugis

Ready to eat...
dah di gaul dgn bahan yg sudah di blend..
setelah di letak kan minyak yg telah di goreng dgn bawang putih...

Alhamdulillah dpt menikmati ikan bakar yg ringkas dan sgt sedap.....tak caya boleh memcuba kerana mudah, cepat dan sedap makan dgn nasi panas...recipe copy drp ita masam manis drp johor

Ikan Bakar Cara Protugis

Resepi Oleh : Jennifer atau Gertrude
Rujukan : Jom Masak-Masak
Copy from  Azlita masam manis 
1 ekor ikan siakap
6 ulas bawang putih
1/2 cawan minyak masak
3 helai daun limau purut di hiris halus
garam dan gula secukup rasa
Kertas aluminium untuk membungkus ikan


Bahan Kisar
10 tangkai ciili kering ~ rendam dan kisar jadikan 3 sudu cili kisar
2 biji buah keras
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inc lengkuas


Mula-mula kita sediakan dahulu minyak bawang putih.
Ambil 6 ulas bawang putih. Tak perlu buang kulitnya ya, dengan kulit-kulitnya ini kita cuci ia bersih. Kemudian kita ketuk biar dia pecah.
Sementara itu kita panaskan 1/2 cawan minyak dalam kuali.
Kemudian tumiskan bawang putih yang kita dah ketuk tadi
Tumis hingga harum dan bawang putih garing.
Tutup api dan biarkan sejuk

Ikan siakap, kita siang, cuci bersih dan kelar-kelah badannya. Ketepikan.
Kisarkan bawang putih, bawang merah, buah keras, serai, lengkuas dan cili kering.
Gaulkan bahan kisar bersama garam dan gula secukup rasa
Letakkan ikan di atas kertas aluminium
Salutkan dengan bahan kisar hingga rata
Tuangkan minyak bawang putih di atasnya
Taburkan hirisan daun lumau purut
Bungkus ikan kemas
Bakar dalam ketuhar hingga ikan masak dengan sempurna
Boleh juga di bakar dalam magic pan atau atas dapur arang
Bila dah masak bolehlah di hidangkan bersama nasi hangat
lina


Sent from Samsung tablet 0 comments

Nuffnang