This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Lepat Ubi Kayu

Assalamualaikum semua....makan apa petang tadi...Lepat ubi kayu ni sekali makan sedap juga...mmg lama tak makan.
Berkilat je rupa nya sbb byk ubi sagu nya, halus..Kuih ni bukan lina yg buat mak yg buat...:) mestila sedap...ternyata sedap sbb husband paling byk makan...:)
3 comments

Nasi Ayam Ipoh

Subanallah...Syukur Alhamdulilah..atas nikmatnya lina dpt memcuba nasi ayam yg sgt sedap ini...lain drp lina pernah rasa....sos cili yg berbeza, Sos kicap nya dan kuah sup menggunakan sengkuang....Maha Suci ALLAH atas keizinaNYA...dapat di nikmat oleh semua keluarga kecil ku.
Nasi sebelum di letakkan sos cili dan kicap.... Insya ALLAH recipe ini akan diulang lagi....Oleh kerana masa dan keadaan tidak mengizinkan nasi ayam ni posing dengan lebih elok. Tukang Masak nak cepat berbuka puasa....Syukur Alhamdulilah jua kerana diberi kesempatan OlehNYA dpt berpuasa pada 1 Zulhijah...Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolonganNYA yg Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Ayam ini lina perap pun kejap saje....dlm masa 40 minute settle semua terhidang diatas meja...Ramai yg telah menguji recipe ini termasuk la ita Johor, kak Nor, Mamamya, ummi nor dan ramai lagi...lina tak dpt nak sebut kan kat sini...tp recipe ini lina copy drp blog Lelord- mamanajlaa. Tengok dia punya gambar terus buat keputusan nak buat nasi ayam ini.
Ni la rupa sos cili yg pada lina sgt sedap...kalau nak tahu kena cuba la ye kawan2...baru tahu akan keenakkannya.
Ok lina nak share recipe nya pula
NASI AYAM IPOH Resepi : Quinne MyR, sumber : Kak Nor , Kak Azlita, Mamamya, Ummi Nor Copy from blog Lelord
Bahan
Utk Nasi:-4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia
*3 biji bawang putih
*3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega
Bahan Untuk Ayam:-
1 ekor ayam
3 biji bawang putih
*1 inci halia
*3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan
1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)
1/2 sudu serbuk besar lada hitam ~ ni k.nor tambah
Bahan Untuk Sup:-
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah
Bahan Untuk Cili
10/15 biji cili burung
6 biji cili merahsedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipissedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya(Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur)
Bahan Untuk Kicap:-
5 biji cili burungsedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
2 sudu besar sos tiram
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
(Blend semua bahan kecuali tepung jagung.
selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)
Bahan Hiasantomato, salad, daun sup dan bawang, timun
Cara2:-Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
Cara Untuk NasiMula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak
Cara Untuk AyamAyam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
Cara Untuk Sup:-Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)Selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.
4 comments

Nuffnang