This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Coffee Chocolate Chip Muffin

Dah beberapa minggu tak buat muffin..mood nak buat muffin dtg kembali setelah pergi ke blog hana dan arah..TerimaKasih berkongsi recipe....
Ni la hasil nyer
Ni recipe nyer dan cara2 dan nak buat...Selamat memcuba!
Bahan-bahan
  • 200g tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 150g gula - hana kurangkan 110g sahaja
  • 1/2 sk esen vanila
  • 2 biji telur
  • 100g mentega
  • 100ml krim masam - Guna yogurt
  • 1 sudu besar serbuk coffee bancuh dengan 1 sb air panas
  • Choc chip secukupnyer - nih sy letak agak2 jer
Untuk Crumb
  • 50g gula perang ( saya guna gula merah Ok juga rasa nyer)
  • 50g tepung gandum - ayak
  • 50 butter tanpa garam sejuk - potong dadu
  • 1/4 garam - jika menggunakan butter bergaram tak payah letak
  • 1/2 sk serbuk cinnamon
Cara-cara
  1. Untuk Crumbs - Campur gula perang, tepung, garam dan kayu manis. Kacau rata. Masukkan butter dan gentel2kan sehingga jadik serbuk crumbs. Simpan dalam esbok sehingga saat hendak dgunakan.
  • Panaskan oven suhu 200. dalam mangkuk campur tepung, baking powder dan gula. Ketepikan.
  • Mangkuk lain, satukan mentega, krim@yogurt, pes coffee dan esen vanila dan telur (sy masuk kan sekali telur sbb hana tak mention)Ni agak2 jer. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati. Tip drp Hana...wah ni sgt bagus tip ni..Terima kasih banyak2 ye.
  • Tuang ke dalam campuran tepung tadi dan kacau rata menggunakan senduk kayu/spatula. Tak perlu over mix. Kacau asal sebati.
  • Tuang adunan ke dalam muffin cup sehingga 3/4 penuh. Taburkan crumbs dr peti sejuk tadi. Jika suka, leh taburkan choc chips atau masukkan choc chips ke dalam adunan.
  • Bakar selama 25min. Keluarkan dr oven, biarkan 5 min baru keluarkan dari loyang/muffin tray.
  • Letak atas redai dan hidangkan hangat dengan secawan kopi.
2 comments

Chocolate cake without egg

Recipe ni dapat kat blog cik ct ..perma kali kek tak guna telur. Terima Kasih cik CT. Kawan2 office kata sedap..tp my taste bud cam pahit sikit...mula2 malas nak update ssb rasa tak sedap. Kek Coklat Tanpa Telur Resepi dari Dayang Jack Bahan-bahan : (utk 1 loyang kecil) 1 cawan tepung gandum* 1/3 cawan serbuk koko hitam* (serbuk koko lain pun boleh) 1 sudu kecil serbuk penaik* 1/2 sudu kecil soda bikarbonat* 1/4 sudu kecil garam 3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing) 1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung 3/4 cawan air kopi panas 1/3 cawan susu segar 1 sudu kecil esen vanilla 1 sudu kecil cuka / jus lemon (DJ prefer guna cuka) Cara-cara :
1. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C. (CT guna loyang 6x6x3 untuk buat 2 adunan).
2. Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan gula dan kacau rata-rata.
3. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi betul2 panas).
4. Tapiskan adunan. 5. Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
6. Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
7. Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.
*** Gunakanlah cawan dan sudu metrik utk menyukat bahan-bahan.
*** Fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.
0 comments

Nuffnang