This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Puding Roti - Nanirostam

Enak sekali puding ini makan bersama buah2an...
Mari kita tengok close up sikit puding ni....
Alhamdulilah dah lama teringin nak buat puding roti....ada macam2 recipe tp lina tertarik dengan recipe nani rostam.Terima Kasih kak nani...beliau kata nak lagi sedap guna gradenia butter scotch ataupun apa2 roti yg ada butter. Ternyata mmg sungguh lazat. Terima kasih kepada beliau...kak nani. lina buat ni separuh drp adunan dlm recipe beliau...takut tak dpt sambutan kat rumah kurang sikit makan roti. Roti butter scotch ni aje yg laku. Masa roti ni mula keluar satu org satu buku roti....buruk betul perangai... Mai layan recipe nya pula.
  • Assalamulaikum semua dan selamat pagi,
Hari ini mari kita makan puding roti...dah lama puding dlm list..tp tak buat2...Alhamdulilah akhirnya di izinkanNYA...dpt merasa....kenapa lina teruja nak mencuba recipe dpr kak nani ini sbb dia kata dh berpuluh kali buat puding tak jemu2 utk dimakan....Pasti nya sedap kan kalau dh buat byk kali.

Sumber rujukan drp blog nanirostam

Bahan-bahan :-

Roti 10 keping (kalau nak sedap sangat, sila guna roti butter seperti gradenia butter scotch atau beli apa sahaja jenis roti butter yang mahal-mahal dari bakery seperti di La Boheme kalau tak silap, jaya grocer atau jaya jusco dll.

Susu full cream 2 cawan whipping cream 2 cawan

gula 1 cawan

telur 6 biji

esen vanila 1tsb

butter 4 tsb

kismis-agak2

serbuk kayu manis.1tsb

Cara-caranya:

Sapu butter pada dasar mangkuk kaserrol. Susun roti di atas. Tuang bancuhan, susu, krim, gula esen vanila, telur yang telah dipukul tadi. Biarkan roti kembang selama sejam. Selepas kembang taburkan kismis dan serbuk kayu manis dan kalau suka sedikit taburan brown sugar. Bakar di oven yang telah dipanaskan selama 10 minit pada suhu 160 darjah celsius.Bakar selama 30 minit

Sos Krim.

Cara-caranya.

Panaskan satu liter susu full cream. Gula mengikut manis. Apabila mendidih masukkan bancuhan tepung jangung mengikut likat. Bubuh 1 sudu esen vanila. Kacau sehingga halus dan likat. Angkat. Sejukkan.

7 comments

Nuffnang