This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Sijil 2010

The stage
List of student has completed the Al Quran. Total of the student is 31
Nursyazwani Syahirah and alia maisara one of her best friend...All the best to both of you .... Majlis ini bertempat di Auditorium Memorial Tunku Abdul Rahman Putra bertarikh 18 Disember 2010 /12 Muharram 1432H. Terima kasih tak terhingga kepada guru kelas alia iaitu Cikgu Noor dan guru2 yg telah mengajar anak2 kami semua.... Kepada ibu2 yg ingin tahu atau melihat dimana lokasi Taski ini. Sila ke alamat No15. Jalan Lembah Tunku. Bukit Tunku 50480....Boleh berhubung terus dengan Cikgu Sakyah..... selama dua puluh tahun lebih Taski ini di tubuhkan Alhamdulilah telah melahirkan Taffiz...kejayaan ini adalah atas usaha dan didikkan cikgu2 yg tidak pernah jemu2 mendidik kepada anak2 . Terima Kasih kepada Ummi Pah pengasas Taski Tunas Mukmin semoga Allah sentiada merahmati beliau dan memperolehi kesihatan yg baik Insya Allah. Taski ini sentiasa menerapkan nilai2 keimanan,Takwa ,kerohanian dan Kasih Sayang kepada anak2, ini antara salah satu sbb Utama mengapa saya menghantar anak2 ke TAski Tunas Mukmin ini. Daripada segi akedemi anak2 bekas Taski sentiasa berakhlak mulia dan cemerlang dalam Akedemi.......Saya pasti...taski sebegini agak sukar di temui di kws kediaman kami ......atas kesibukan kita sebagai ibubapa kita juga tidak dpt mengajar anak2 sedemikian....Saya sangat pasti kalau kita sebagai ibubapa sentiasa mendahulukan hak Allah, Insya Allah segala Urusan kita akan dipermudahkan.
0 comments

Sexy Butter Roll Mat Gebu

Ni hasil roti yg dapat perbagai bentuk mengikut kehendak anak2....roti silang tu lina saje nak cuba....practice make perfect.....Insya Allah akan cuba buat sampai puas hati….
Oleh kerana teruja dengan roti kat dapur mat gebu. Lina pun telah memcuba membuat roti sexy ni gelaran drp mat gebu....apapun terima kasih pada mat gebu ternyata roti ni gebu seindah nama mat gebu itu sendiri.... pi la singgah ke blog mat kat SINI. lina dah buat list nak cuba roti drp dapur Mat lagi. Iklan di blog BA.....mmg bagus.
Ni bahan yg diperlukan
Bahan-Bahannya :-)
200 g tepung roti (high-protein flour)
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh bread improver5 g gluten (mat ganti dgn 1/2 camca teh bread softerner) lina ikut mat jugak
40 g gula halus
6 g instant yeast
30 gram telur, pukul 1 biji telur kemudian timbang
95 ml air ( Air letak sikit sehingga jadi doh jgn letak sekaligus)
30 g mentegaTelur + esen vanilla, untuk disapuSedikit gula pasir kasar
CARA MEMBUATNYA :-) Satukan semua bahan diatas kecuali mentega, ke dalam mangkuk adunan, uli hingga menjadi doh, tambah mentega, terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Bulat2kan, alih dalam bekas dan bungkus dengan plastik, biar 45 minit - 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan "on", tunggu hingga siap. Tabur meja kerja dengan sedikit tepung gandum, keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang udara. Bulat kan dan canai seperti dalam gambar. Potong kepala 12 bahagian sama besar (agak2 jee). Kemudian gulung satu persatu potongan tadi secara berhati2 dari luar ke dalam (dari bahagian besar ke bahagian kecik), kemas kan dan alih ke dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap. Biar 45 minit hingga doh mengembang. Sapu dengan telur (lebihan yang 30 gram tadi) + esen vanilla pada setiap doh roti, tabur sedikit gula pasir kasar. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan, sejukkan atas jaringan atau boleh juga dihidangkan panas2...
0 comments

Nuffnang