This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Laksa Thailand or Thai

Apa beza nya dgn laksa Nyonya....
Tak byk bezanya tiada ketumbar , Udang serta buah keras....rasanya juga berlainan walaupun nampak lebih kurang...pada lina jika ditukar kepada spaghetti  mee lagi sedap kuah akan meresep kat mee...Ini hanya pendapat lina terpulang pd selera masing2 utk menggunakan apa jua mee yg diminati  :) Kepada resepiworld blog TQVM.....sesiapa nak tengok versi nya sila la ke blog nya disini



Assalamualaikum...


Update pasal makanan lg....semlm lina memcuba recipe lebih kurang laksa nyonya....not bad laksa ni......mai layan gambarnya....

Sukatan utk makan malam mmg kena kurang jika mengikut recipe ini next time....

Alhamdulilah semua dh kenyang dgn rezekiNya....next any laksa......?

Tunggu.....

Sumber Recepi World blog

BAHAN – BAHAN  Utk Kuah;

500 Gm isi ikan tenggiri

200 gm bawang kecil kisar

75 gm bawang putih kisar

50 gm kunyit hidup – kisar

12 biji cili merah – kisar

7 biji cili padi = kisar

1/2 in lengkuas muda

4 keping daun limau purut

5 batang serai – diketuk

1/2 in belacan –bakar dan hancurkan

150 gm udang kering – kisar

1/2 liter air rebus ikan

75 gm air asam jawa

300 gm pati santan

garam dan serbuk perasa secukupnya

BAHAN- BAHAN  Mee;

1kg mi kuning atau bihun yang telah direndam dalam airserbuk kunyit

300 gm timun – hiris halus

200 gm tauge – celur

50 gm lobak masin hancur

3 biji bawang besar

2 batang bunga kantan – hiris

5 biji limau kasturi

10 helai daun pudina

CARA MEMBUATNYA ;

1. Campurkan kesemua bahan-bahan rebusan didalam periuk dan didih dengan api perlahan

2. Masukkan pati santan dan bahan perasaapabilasudah mendidih

3. Celurkan mi kuning mengikut kesukaan,masukkan kedalam mangkuk

4. tuang kuah yang siap diatas mi atau bihun

5. Hiaskan dengan timuntaugeh,lobak masin hancur,bawang bersa,bunga kantan,daun pudina dan limau kasturi

You might like


Sent from my Samsung Galaxy Tab
2 comments

Nuffnang