This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Klasik Pad Thai Yang Paling Sedap



Resipi Klasik Pad Thai Yang Paling Sedap


Pad Thai salah satu hidangan tempatan yang sangat popular di Thailand. Ia sejenis hidangan berasaskan mi (rice noodle) yang digoreng kilas bersama campuran telur, tauhu, kacang hancur dan udang dengan cita rasa Thailand iaitu manis, pedas dan sedikit masam.

Rasa pad thai lebih kurang sama dengan kuetiau goreng cuma bahan yang digunakan adalah berbeza. Sekali makan, pasti addicteddengan kelazatan hidangan ini!


Pergi ke Thailand, pasti mudah mencari pad thai tetapi tidak banyak di restoran Malaysia yang menghidangkan menu ini. Jika mengidam lagi mahu makan pad thai, boleh buat sendiri di rumah selepas ini. Jom cuba!

Bahan-bahan:
1 paket mi pad thai direndam dengan air panas (jika tiada, boleh guna kuetiau halus)
2 biji bawang merah dicincang
10 ekor udang
1 keping tauhu dihiris
2 biji telur
Sedikit air
1 sudu makan sos ikan
1/4 cawan ari asam jawa
1 sudu makan kicap cair
Sedikit gula perang thai (palm sugar)
2 sudu makan udang kering direndam sebentar
1 mangkuk kecil taugeh

Bahan hiasan:

Sedikit kacang tanah disangai kemudian ditumbuk kasar
Sedikit serbuk cili (serbuk cili Thai)
Daun bawang
Limau nipis

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis bawang merah hingga wangi.
2. Kemudian masukkan tauhu dan tumis hingga masak.
3. Tambahkan telur dan biarkan masak seketika. Masukkan udang.
4. Masukkan mi pad thai ke dalam kuali diikuti dengan sedikit air. Kacau hingga sebati dan mi jadi lembut.
5. Perasakan dengan sos ikan, kicap cair, gula perang thai dan air asam jawa. Gaul rata hingga semua bahan sebati dan Pad Thai sedikit kering. Jika kurang rasa, boleh lebihkan jumlahnya.
6. Tambahkan udang kering dan juga taugeh. Gaul rata. Tambahkan juga serbuk cili thai dan kacang tumbuk.
7. Hidangkan pad thai bersama bahan hiasan. Sedia untuk dinikmati

Selamat mencuba!



Nak cari suppliment boleh click link kat bawah tau!



Berminat nak jadi ahli boleh click link ni 

#Shakleewithaig
#Shakleejalanduta
#Shakleehartamas
#Shakleesihat
#Shakleeeffect
#Shakleeproven
#Shakleeselamat





0 comments

Nuffnang