Assalamulaikum dan salam sejahtera semua pembaca dan pemcari recipe....dah lama lina mencari recipe ini....Alhamdulilah di beri peluang olehNYA utk terus menerus menerus menikmati nikmat atas nikmatNYA yg tidak terbilang byknya. Maka dapat keluarga pada pagi ini menikmati nya dengan penuh merasa kesyukuran padaNYA. Ini juga merupa percubaan pertama dan pertama kali dalam hidup makan jemput2 ada di letakkan inti ikan...Terasa sgt nikmat...Subanallah... Terima kasih kepada
Puan Roza serta
Prof Muhd Kamil. Dua Insan sejoli yg lina kira sgt patut kepada penciptaNYA...Malah setiap apa yg beliau lakukan semuaNYA kerana ALLAH dan rasulNYA.....Lina sgt kagum dengan insan2 yg senantiasa membesarkan ALLAH dalam kehidupan seharian...drp tutup kata , perbuatan segala2 NYA bersandar kan pada yg ESA. Semoga kalian nun jauh diBUMI bertuah senantiasa dalam peliharaan serta perlindunganNYA.
Kepada sesiapa mahu mengenali nya boleh la ke blog nya yg penuh dengan kata2 hikmah dalam setiap tutur kata dan perbuatan nya. Walaupun lina tidak pernah bertemu nya secara nyata...ttp kata2 ada rohnya yg tersendiri....Significance..Puan Roza juga telah pun menyiap kan buka masakan nya ....Insya ALLAH lina akan mendapatkan nya sebagai koleksi peribadi. Click di
SINI membaca bait coretan membuat hati sgt sebak.
Inti ikan didalam jemput - jemput....menarik bukan....pada yg nak memcuba boleh ke blog nya...disini lina share kan juga recipe nya utk rujukan lina dan buat anak2 yg bakal membesar maka setiap apa yg telah ummi hidangkan di meja makan anak2 boleh rujuk di kemudian hari jika nafas ummi terhenti....hanya kenangan dan recipe ini sebagai tanda nya kita pernah menikmati jemput2 ini bersama2.
Mai kita lihat
Sumber drp
Puan Roza
JEMPUT-JEMPUT IKAN
Bahan A
5 ekor ikan kembung atau ikan selayang
½ inci halia
Garam secukup rasa
1 keping asam gelugor
1 biji hirisan bawang besar
Bahan B
2 cawan tepung gandum
½ batang hirisan lobak merah
1 tangkai daun bawang
1 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk mengoreng.
Caranya :
1. Ikan direbus bersama halia yang dihiris, asam gelugor dan garam sehingga air mengeleggak. Tunggu sehingga ikan lembut dan masak.
2. Keluarkan isi ikan dari tulangnya dengan berhati-hati. Lecek isi ikan sehingga lumat dan masukkan hirisan bawang besar. Jika suka, tambahkan sedikit garam dan lada sulah.
3. Dalam mangkuk yang berlainan, bancuhkan bahan B sehingga adunan agak kental.
4. Ambil ½ sudu besar adunan tepung, masukkan pula sedikit ramuan isi ikan kedalamnya. Kemudian tutupkan isi ikan itu dengan ½ sudu adunan tepung.
5. Pastikan isi ikan berada di tengah-tengah adunan tepung.
6. Dengan menggunakan sudu atau tangan, masukkannya ke dalam minyak panas. Lakukan sehingga selesai.
7. Apabila jemput-jemput kelihatan kekuningan, angkat dan toskan minyak.
8. Jemput-jemput ikan sedap di makan panas-panas dan dicecah bersama sos cili manis
Posted by
lina
at
10:12 AM