This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Serawa Pulut Durian

Serawa Pulut durian..makan breakfast pagi ni boleh jer...sedap sgt mak yg tolong masak kan. Macam mana nak buat belum belajar lagi....saper teringin boleh google. mesti ada punya recipe nyer Sekarang mmg musim durian..ahad lalu buat bubur kacang campur durian jsgt sedap lupa pulak nak ambil gambar.... lazat betul...saper yg tak makan mmg rugi betul. Ambuil bau jer ye.. 0 comments

View from Mersing

6 comments

Happy face lil Darwsiy

3 comments

Yeah Cuti

We cannot tell the precise moment when friendship is formed. As in filling a yacht drop by drop, there is at last a drop which makes it run over; so in a series of kindnesses there is at last one which makes the heart run over.

It is not what you give your friend, but what you are willing to give him/she that determines the superiority of friendship.

0 comments

Mihas 2010

Assalamulaikum semua dan selamat petang.....
Very good for our skin care...unrefined Shea Butter...found this at Mihas 2010....to know more detail about shea Butter do click here
Cewek Bandung...yg comel....
Cookies...nyer pun sedap....
Brownies from bandung yg sangat sedap...ada jual di mihas 2010...tp mahal sgt...rm 30 tp kalau kat bandung rm 8 jer...
Product from Belawai...Udang salai..sgt sedap....lepas tu masak lemak cili api...
Cosmetic Product .....pati halia ni mmg bagus untuk mommy after give birth.
Orang kuat Hiraq ...Goat's Milk ..Raja Mazian..HIraq product also very good...
Seaweed good for our health.....
4 comments

Maafkan aku wahai suamiku

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. saya ingin berkongi tulisan ini dari Ust. Pahrol Mohd Juoi dari: http://genta-rasa.com/2010/06/16/maafkan-aku-wahai-suami/ Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati disatukan dengan apa? Jawabnya, dengan iman. Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu. Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan. Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah. Tetapi jika di hati sama-sama masih ada ALLAH, perdamaian akan mudah menjelma semula. Yang bersalah mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf. Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit. Itulah yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w. Ada ribut… tetapi sekadar di dalam cawan. Ada gelombang… tetapi cepat-cepat menjadi tenang. Jika ditanyakan kepada dua hati yang bercinta, siapakah yang lebih cinta pasangannya? Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan pasangannya. Justeru, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa. Jika kita bersama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan. Jika paku boleh berkarat, simen boleh retak, maka begitulah iman, boleh menaik dan menurun. Iman itu ada “virusnya”. Virus iman ialah ego (takbur). Jangan ada takbur, cinta pasti hancur. Orang takbur merasa dirinya lebih mulia, pasangannya lebih hina. Jika demikian, manakah ada cinta? Cinta itu ibarat dua tangan yang saling bersentuhan. Tidak ada tangan yang lebih bersih. Dengan bersentuhan, keduanya saling membersihkan. Tetapi ‘tangan’ yang ego, tidak mahu bersentuhan… Konon takut dikotorkan oleh tangan yang lain! Bila berbeza pandangan, pandangannya sahaja yang benar. Kau isteri, aku suami. Aku ketua, kau pengikut. Aku putuskan, kau ikut saja. Jangan cuba menentang. Menentang ertinya dayus. Maka terkapai-kapailah sang isteri tanpa boleh bersuara lagi. Sedikit cakap, sudah dibentak. Senyap-senyap, isteri menyimpan dendam. Suami ‘disabotaj’nya dalam diam. Tegur suami, dijawabnya acuh tak acuh. Senyumnya jadi tawar dan hambar. Perlahan-lahan, jarak hati semakin jauh. Cinta semakin rapuh. Ada pula isteri yang ego. Heroin sudah mengaku hero. Suami dicaturnya satu-satu. Tidak jarang meninggikan suara. Silap suami yang sedikit didera dengan rajuknya yang panjang. Anak-anak dibiarkan. Dapur berselerak. Pinggan mangkuk tidak dibasuh. Kain baju sengaja disepah-sepahkan. Rasakan akibat menentang aku. Mengaku salah tidak sekali. Minta maaf? Pantang sekali! Ego sisuami selalunya terserlah. Boleh dilihat daripada jegilan mata dan suara yang meninggi. Mungkin pintu dihempaskan dengan kuat atau hon kereta ditekan bertalu-talu. Atau boleh jadi diherdik siisteri di hadapan anak-anak atau isteri diperleceh di hadapan saudara mara atau tetamu yang datang. Bila ramai yang datang bertandang itulah masa sisuami yang ego ini menunjukkan kuasa dan belangnya. Ego siisteri terpendam. Mungkin kerana tidak ada dominasi kuasa atau keberanian, siisteri menunjukkan egonya dengan bermacam-macam ragam. Daripada sengaja melaga-lagakan pinggan yang dibasuh… sehinggalah memalingkan badan dan muka ketika di tempat tidur. Alhasil, cuaca rumah tangga menjadi muram. Rumah hanya jadi ‘house’ tidak jadi ‘home’ lagi. Tidak ada keceriaan, kehidupan dan kemanisannya lagi. Semuanya bungkam. Ya, rumah (house) dibina dengan batu, kayu dan konkrit, manakala rumah tangga (home) dibina dengan kasih sayang, cinta dan sikap saling menghormati. Tidak ada rindu yang menanti suami ketika pulang dari bekerja. Tidak ada kasih yang hendak dicurahkan oleh suami kepada isteri yang menanti di rumah. Anak-anak jadi kehairanan? Apa sudah jadi pada kedua ibu-bapa ku? Bila ada ego di hati, cinta akan menjauh pergi. Retak akan menjadi belah. Kekadang hati keduanya merintih, mengapa jadi begini? Bukankah antara aku dan dia ada cinta? Mengapa terasa semakin jarak? Apakah yang perlu aku dan dia lakukan untuk menyemarakkan semula rasa cinta. Lalu akal berfikir, berputar-putar mencari idea. Oh, mari ulangi musim bulan madu yang lalu. Kita susuri pulau, tasik, laut atau lokasi pertemuan kita nan dulu. Malang, cuma sebentar. Gurau, senda cuma seketika. Tidak mampu lagi memutar jarum kenangan lama dengan hati yang telah berbeza. Tidak ada lagi tarikan fizikal yang ketara. Cumbu berbaur ghairah seakan telah terlupa. Bulan madu yang cuba diperbaharui tidak menjadi… kedua hati bercakar lagi. Mereka cuba memperbaharui lokasi, tanpa memperbaharui hati. Selagi ada ego, ke mana pun tidak akan menjadi. Jika ada ego, yang wangi jadi busuk, yang manis jadi tawar, yang indah jadi hambar. Ada juga pasangan yang hendak ‘membeli’ cinta. Ingin dibangkitkan kembali rasa cinta dengan mata benda. Nah, ini kalung emas ribuan ringgit sebagai tanda cinta ku masih pada mu, kata suami. Dan ini pula cincin berlian untuk memperbaharui kemesraan kita, balas siisteri. Masing-masing bertukar hadiah. Semoga dengan barang-barang berharga itu akan kembalilah cinta. Namun sayang sekali, sinar emas, cahaya berlian, tidak juga menggamit datangnya cinta. Cinta diundang oleh nur yang ada di hati. Nur itu tidak akan ada selagi ego masih ada di jiwa. Susurilah cinta yang hilang di jalan iman. Buanglah kerikil ego yang menghalang. Ego hanya membina tembok pemisah di antara dua hati walaupun fizikal masih hidup sebumbung. Mungkin di khalayak ramai, masih tersenyum dan mampu ‘menyamar’ sebagai pasangan yang ideal tetapi hati masing-masing TST (tahu sama tahu) yang kemesraan sudah tiada lagi. Pasangan yang begitu, boleh menipu orang lain. Namun, mampukah mereka menipu diri sendiri? Yang retak akhirnya terbelah. Penceraian berlaku. Mereka berpisah. Masyarakat yang melihat dari jauh pelik, mengapa begitu mesra tiba-tiba berpisah? Tidak ada kilat, tidak ada guruh, tiba-tiba ribut melanda. Oh, mereka tertipu. Perpaduan yang mereka lihat selama ini hanyalah lakonan. Allah membongkar rahsia ini menerusi firman-Nya: “Kamu lihat sahaja mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah.” Carilah di mana Allah di dalam rumah tangga mu. Apakah Allah masih dibesarkan dalam solat yang kau dirikan bersama ahli keluarga mu? Apakah sudah lama rumah mu menjadi pusara akibat kegersangan zikir dan bacaan Al Quran? Apakah sudah luput majlis tazkirah dan tarbiah yang menjadi tonggak dalam rumah tangga? Di mana pesan-pesan iman dan wasiat taqwa yang menjadi penawar ujian kebosanan, kejemuan dan keletihan menongkah arus ujian? Penyakit ego menimpa apabila hati sudah tidak terasa lagi kebesaran Allah. Orang yang ego hanya melihat kebesaran dirinya lalu memandang hina pasangannya. Hati yang ego itu mesti dibasuh kembali dengan rasa bertauhid menerusi ibadah-ibadah khusus – solat, membaca Al Quran, berzikir, bersedekah – dan paling penting majlis ilmu jangan diabaikan. Firman Allah: “Dan berilah peringatan. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin.” Sedangkan orang mukmin pun perlu diperingatkan, apatah lagi kita yang belum mukmin? Iman itu seperti mana yang dimaksudkan hadis, boleh menambah dan mengurang. Untuk memastikan ia sentiasa bertahan malah bertambah, hati perlu berterusan bermujahadah. Lawan hawa nafsu yang mengajak kepada ketakburan dengan mengingatkan bahawa Allah benci kepada orang yang takbur walaupun sasaran takbur itu suami atau isteri sendiri. Bila terasa bersalah, jangan malu mengaku salah. Segeranya mengakuinya dan hulurkan kata meminta maaf. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Begitulah suami yang meminta maaf kepada isterinya. Dia tidak akan hilang kewibawaannya bahkan bertambah tinggi. Bukankah orang yang merendahkan diri akan ditinggikan Allah derjat dan martabatnya? Justeru, lunturkan ego diri dengan membiasakan diri meminta maaf. Tidak kira ketika kita rasa kita benar, lebih-lebih lagi apabila terasa kita yang bersalah. Namun, lelaki yang tewas ialah lelaki yang sukar mengaku salah. Dia sentiasa tidak ingin mengalah. Pada ketika itu dia telah memiliki salah satu dari tiga ciri takbur yakni menolak kebenaran. Akuilah kebenaran walaupun kebenaran itu berada di pihak isteri. Tunduk kepada kebenaran ertinya tunduk kepada Allah. Jangan bimbang takut-takut dikatakan orang takutkan isteri. Kita takutkan Allah. Allah benci orang yang takbur. Begitu juga isteri. Jika sudah terbukti salah, akui sahajalah. Dalam pertelagahan antara suami dan isteri, apakah penting siapa yang menang, siapa yang kalah? Kita berada di dalam gelanggang rumah tangga bukan berada di ruang mahkamah. Kesalahan suami adalah kesalahan kita juga dan begitulah sebaliknya. Rumah tangga wadah untuk berkongsi segala. Perkahwinan satu perkongsian, bukan satu persaingan. Kalau kita menang pun apa gunanya? Padahal, kita akan terus hidup bersama, tidur sebantal, berteduh di bawah bumbung yang sama. Mujahadahlah sekuat-kuatnya menentang ego. Bisikan selalu di hati, Allah cintakan orang yang merendah diri. Allah benci orang yang tinggi diri. Pandanglah pasangan kita sebagai sahabat yang paling rapat. Kita dan dia hakikatnya satu. Ya, hati kita masih dua, tetapi dengan iman ia menjadi satu. Bukan satu dari segi bilangannya, tetapi satu dari segi rasa. Sebab itu sering diungkapkan, antara makhluk dengan makhluk mesti ada Khalik yang menyatukan. Ingat, hanya dengan iman, takbur akan luntur, cinta akan subur! MAAFKANKU WAHAI SUAMI Kadang-kadang aku rasa akulah Isteri yang terlalu banyak menerima Sedangkan engkau tak pernah meminta Kadang-kadang aku rasa Akulah isteri yang baru terjaga Sedangkan engkau tak pernah terlena Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir semua perkataan ku menjadi salah Datanglah ke sini dan pegang tangan ku Sementara ku cerita kehidupan isteri Harap dimengerti Kadang-kadang ku sakiti hati mu Bila ku tolak sentuhan mu Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu… Namun cabaran terlalu Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu Tapi sayang, itu tidak benar Tiada apa yang paling ku hargai Daripada kehidupan manis bersama mu Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun Adalah terlalu singkat Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku Betapa syukurnya aku… kau pelindung ku Kadang-kadang berjauhan dengan mu Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita… Mencipta kerukunan keluarga Namun aku tetap aku yang ini… Maafkan aku wahai suami! 3 comments

MIHAS 2010

Assalamualaikum and Good Morning All, Please be informed that MATRADE has organize the event Call MIHAS 2010 from 23. till 27.June 2010. It is all about Halal item. Those who do not really sure about MIHAS..Do click here for more information. Thank You.
0 comments

Sunset

An evening with lil Darwsiy….

This picture was taken from our home at the one of the room area ….i love to have looked the sunset…peace …

4 comments

Banana Crumble cheese muffin

Ini kali kedua Banana version yg saya dah buat. Recipe tak byk beza nyer.kalau nak tengok pi tengok click kat sini ye. Untuk kali ni dpt ideal ni setelah pi ke blog hana ni mmg terkenal la bak memasak ni...apa jer ada kat dia...mmg boleh jadi sifu la kira nyer. Nak tahu lebilh detail boleh la ke blog HAna ni....sgt peramah org nye....kenal kat dlm cyber la kawan2....tak pernah jumpa pun...tp mmg baik la orang nyer. suka sgt..... Cikgu Hana....nnt dtg la buat spot check ye homework anak2 murid ni yer... Ni la rupa nyer gambar dr dekat.Nampak mampat sikit dan berat tp lembut di dlm nyer..ni kawan office yg cakap sedap...nnt kita buat lagi yerkk kawan2....Terima kasih la kawan yg sudi rasa....food testing ni...muffin lagi sedap kalau ada crumble nyer....tahu jerla ada anak kecil...ni tak sempat nak gentel...crumble....nyer tu itu. Mai kita tengok recipe nya pulak ye kawan2....Kawan yg malas nak nengok recipe dlm bahasa English ni dah ada Yg bahasa melayu....kalau tak buat gak..siap korang yerkkk....ari tu complaint...tulis dlm bahasa English. Jgn marah ye gurau jer...Mudah sgt nak buat nyer masa penyediaan nyer dlm lebih kurang 15 minute jer....ni tak termasuk bakar...masa bakar tu boleh buat kerja lain ye....

Bahan-bahan

  • 250g tepung gandum
  • 100g gula custor
  • 50g gula perang
  • 1/2 sk soda bikarbonat
  • 11/2 sk baking powder
  • 1/4 sk garam
  • 75g keju cheddar - cincang kasar
  • 300g pisang ambon atau apa2 pisang yg sesuai
  • 2 biji telur
  • 100g mentega - cairkan (hana kurangkan sket sbb agak oily)
  • 1/2 sk esen vanila

Untuk Crumb

  • 50g gula perang
  • 50g tepung gandum - ayak
  • 50 butter tanpa garam sejuk - potong dadu
  • 1/4 garam - jika menggunakan butter bergaram tak payah letak
  • 1/2 sk serbuk cinnamon

Cara-cara

  • Untuk Crumb - Campur gula perang, tepung, garam dan kayu manis. Kacau rata. Masukkan butter dan gentel2kan sehingga jadik serbuk crumbs. Simpan dalam esbok sehingga masa hendak dgunakan.
  • Panaskan oven suhu 200 selama 20min. Dalam mangkuk campur tepung, baking powder, garam, keju, gula custor dan gula perang. gaul rata dan ketepikan.
  • Mangkuk lain, lenyek pisang. Kemudian masukkan me ntega cair, telur dan esen vanila. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
  • Tuang ke dalam campuran tepung tadi dan kacau rata menggunakan senduk kayu/spatula. Tak perlu over mix. Kacau asal sebati.
  • Tuang adunan ke dalam muffin cup sehingga 3/4 penuh. Taburkan crumbs dr peti sejuk tadi.
  • Bakar selama 25min. Keluarkan dr oven, biarkan 5 min baru keluarkan dari loyang/muffin tray.
  • Letak atas redai. Boleh hiaskan dengan hirisan pisang dan parutan coklat putih

4 comments

Best friend brother’s wedding

We went to wedding ceremony my best friend on Saturday 19.06.2010…

Congratulation to both of you….!

From this day forward,as you share life's joys and trials,may you always comfort one another with a smile...Always be together through both laughter and the tears... Depending on each other...Loving happily ever… after.Wishing you an "always" kind of love.

Her family member....
Us with bride and groom

My mom and her mom is a best friend, she and I also best friend since we are in from 3. I do hope our friendship to the last our breath Insya Allah.

Currently she is pregnant seven month after has been waiting 11 years...Congratulation to you. I’m glad for you...Alhamdulilah after she has went troughs the beleaguered on her awful time, she has 2 month to go...I wish you good luck and welcome to the club....dearly friend.

0 comments

Kuih Koci

Kuih ni dibuat pada hari sabtu lepas(kat kampung) ...emmmm sangat sedap...inti kuih koci kalau di buat menggunakan kelapa muda...bertamba2 sedap terasa kelembuatan inti ituuu slur..slurr. Pertama kali membungkus kuih koci...ok tak ?...tak apa la janji rasa sedap bungkus tak berapa nak cantik tak apa.....mari kita tengok recipe pulak ye..minggu lepas tengok recipe ni kat blog ciare..lama tak makan boleh pi melawat kat sini..Terima kasih ciare....makan kuih koci sambil minum teh O panas....

Bahan2 inti kuih koci: kelapa parut fresh setengah biji (Guna kepala MUda ye kawan lagi sedap) gula perang secukup rasa gula kasar kalo nak daun pandan air dalam 1/3 cawan 1 sudu tepung pulut (Utk menghasil inti yg liat dan senang utk di bulat2 kan petua drp mak) Cara masak inti: - masukkan kelapa, gula perang dalam kuali. api tu biar kecik je - gaul2 sampai rata, campur air, ltkkan daun pandan sbg pewangi - gaul sampai kering Sila rujuk gamba di atas [1] bahan2nya [2] inti kuih koci yg dah siap dimasak [3] doh kuih koci, kita akan belajar jap lg ek. [4] 1/3 kotak santan [5] daun pisang yg dilayukan atas api [6] kuih koci yg siap dibungkus (ade flash ;p) [7] kuih koci yg siap dibungkus (x ade flash ;p) [8] kuih koci yg sdg dikukus :) ok jom belajar camne nak buat doh kuih koci pulak: Tepung pulut 2 cawan (anggaran 200g) Tepung pulut itam 1 cawan (anggaran 100g) Sesudu garam yg dibancuh dgn secawan air cara2 buat doh: - Gaul tepung pulut dan tepung pulut itam - Masukkan air sikit demi sikit dan mengulinya - Uli sampai doh sebati sampai doh tak melekat kat tangan Cara2 membentuk kuih koci: - Bulat2kan doh menjadi sebesar buah limau nipis tu. - leperkan atas tapak tangan, letakkan sesudu kecik inti doh dan bulatkan doh. - siap2kan daun pisang, sapu minyak sikit. - bungkus la kuih koci ala2 nasik lomak, sebelum tu curahkan sesudu kecil santan utk melemakkan rasa kuih koci tu nanti. - ulang la proses ni sampai lebam. sambil2 tu panaskan pengukus. - kukus kuih lebih kurang 20-30 minit.

2 comments

Quiling Card's Father 's Day

Front Cover
Inside the card....

My friend matul now days addicted making quilling card’s ..this is the next card that her craft hand… check it out….

HAPPY FATHER’s Day..to Daddy, Ayah, Abah or what ever that you have call them.. out there…

Do the un-do-able....Do the Impossible....Do Whatever it takes....credit...to Matul again...Thank You Dearly friend...

0 comments

Coffee Chocolate Chip Muffin

Dah beberapa minggu tak buat muffin..mood nak buat muffin dtg kembali setelah pergi ke blog hana dan arah..TerimaKasih berkongsi recipe....
Ni la hasil nyer
Ni recipe nyer dan cara2 dan nak buat...Selamat memcuba!
Bahan-bahan
  • 200g tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 150g gula - hana kurangkan 110g sahaja
  • 1/2 sk esen vanila
  • 2 biji telur
  • 100g mentega
  • 100ml krim masam - Guna yogurt
  • 1 sudu besar serbuk coffee bancuh dengan 1 sb air panas
  • Choc chip secukupnyer - nih sy letak agak2 jer
Untuk Crumb
  • 50g gula perang ( saya guna gula merah Ok juga rasa nyer)
  • 50g tepung gandum - ayak
  • 50 butter tanpa garam sejuk - potong dadu
  • 1/4 garam - jika menggunakan butter bergaram tak payah letak
  • 1/2 sk serbuk cinnamon
Cara-cara
  1. Untuk Crumbs - Campur gula perang, tepung, garam dan kayu manis. Kacau rata. Masukkan butter dan gentel2kan sehingga jadik serbuk crumbs. Simpan dalam esbok sehingga saat hendak dgunakan.
  • Panaskan oven suhu 200. dalam mangkuk campur tepung, baking powder dan gula. Ketepikan.
  • Mangkuk lain, satukan mentega, krim@yogurt, pes coffee dan esen vanila dan telur (sy masuk kan sekali telur sbb hana tak mention)Ni agak2 jer. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati. Tip drp Hana...wah ni sgt bagus tip ni..Terima kasih banyak2 ye.
  • Tuang ke dalam campuran tepung tadi dan kacau rata menggunakan senduk kayu/spatula. Tak perlu over mix. Kacau asal sebati.
  • Tuang adunan ke dalam muffin cup sehingga 3/4 penuh. Taburkan crumbs dr peti sejuk tadi. Jika suka, leh taburkan choc chips atau masukkan choc chips ke dalam adunan.
  • Bakar selama 25min. Keluarkan dr oven, biarkan 5 min baru keluarkan dari loyang/muffin tray.
  • Letak atas redai dan hidangkan hangat dengan secawan kopi.
2 comments

Nuffnang