This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Recipe Laksa Nyonya

ni masa plate full of accesories
last plate


Mai check recipe ni....bangga sgt....cam jakun pun ada....Allah...
Sumber MAT GEBU
Insan yg telah mencuba Madiha
komen drp puan madiha buat saya tak tertahan2 nak memcuba...ternyata benar.....saya lagi hebat kuah setitik pun tak buang :)

BAHAN KUAH LAKSA :-)

50 g udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1 genggam daun kesom (dgn tangkai2nya sekali)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
1 liter santan
1 liter air rebusan kulit udang
2 kiub ikan bilis "Maggi" Lina letak satu je
1 camca besar sos ikan
250 g bawang merah*
2 batang serai, hiris halus*
20 g belacan, dibakar*
1 inci lengkuas*
8 biji buah keras*
1 inci kunyit hidup*
3 biji cili merah*
1 camca besar ketumbar biji*(*bahan2 rempah ini dikisar halus)
3 ekor ikan kembung besar, kukus dan ambil isinya, hancurkan (Sumber drp Mat Gebu juga ada letak ikan maka nya saya letak ikan tp kurang kan kuib ikan bilis ( http://www.myresipi.com/top/detail/1245 )

BAHAN LAKSA :-)
1 kg mee laksa basah, cuci dan celur 30 saat, toskan
500 g udang sederhana besar, rebus dan kupas kulitnya (simpan stok udang utk kegunaan kuah laksa)
200 g taugeh, cuci dan buang ekor
1 biji timun, hiris halus
2 biji bawang besar, hiris halus
2 keping kek ikan, goreng sekejap dan hiris nipis
2 keping tauhu, goreng dan hiris (nak sedap guna tauhu "pok")
Belahan limau kasturi@limau nipis
Hirisan halus pucuk daun kesom
Hirisan bunga kantan
Sambal tumis

BAHAN SAMBAL TUMIS :-)
1 cawan cili kisar
1 biji bawang besar*
1/2 inci belacan*
1 camca besar udang kering, rendam 1o minit dan toskan*
2 ulas bawang putih*(*kisar halus)
1/3 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH LAKSA :- Panaskan minyak dalam kuali, goreng udang kering hingga harum, masukkan bahan2 rempah kisar halus dan tumis hingga harum dan terbit minyak. Alih rempah tadi dalam bekas lain. Dalam periuk, panaskan stok udang hingga mendidih, masukkan daun kesom dan renih 10 - 15 minit. Masukkan rempah tadi, santan dan kiub ikan bilis. Masukkan bunga kantan, sos ikan dan perasakan dengan garam dan gula. Biar mendidih perlahan sambil dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  2. UNTUK SAMBAL TUMIS :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tuang jus asam jawa, tambah garam dan gula secukup rasa, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga sambal tumis pekat dan terbit minyak. Rasa dan jika ok. boleh matikan api.
  3. UNTUK PENYEDIAAN LAKSA LEMAK NYONYA :- Dalam mangkuk sesuai, isi kan laksa dan tuangkan kuah secukupnya. Hias dengan ulam2man, tauhu, hirisan fishcake, belahan limau kasturi dan juga sambal tumis tadi. Hidangkan segera...
CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak buat dalam kuantiti yang sikit, rempah tu tak payah habiskan, boleh simpan dalam peti sejuk dan boleh digunakan pada masa lain. Kalau guna susu cair, masukkan susu akhir sekali dan didih kan sekejap saja, untuk mengelakkan susu berketul2...Sambal tumis tu pun kalau tak habis boleh simpan. Kot2 nak goreng nasi ke, goreng mee hoon ke, boleh lah digunakan sebagai perencah

Sent from my Samsung Galaxy Tab 0 comments

RE: Laksa nyonya



Alhamdulilah sgt berbaloi2 semua makan tidak membazir walaupun setitik kuah....Tahniah kepada en mat gebu....recipe yg dikongsikan sgt menarik malahan sgt sedap....pertama kali recipe berkuah yg tidak setitik pun membazir.....

Lagi satu sambal tumis udang kering yg mmg sgt la sedap....tiada yg tertinggal licin....bersih...
Tergelak pun ada...tp nyata benar....nnt saya nak copy recipe ni..tak sempat...kepada peminat udang...recipe ini wajib anda cuba....

Tq juga to my sis selalu cakap laksa ni the best....nak tahu cuba la ternyata anda akan suka kan nya insya Allah..


Sent from my Samsung Galaxy Tab

klina07 <klina07@gmail.com> wrote:



Assalamualaikum...semua dan selamat petang,


Alhamdulilah perut dh pun penuh dgn menu lunch hari ini laksa nyonya...recipe tak lain dan tak bukan di cedok drp blog mat gebu....taip dan google pasti dpt recipe nya...

Mmg tak rugi cuba mmg sgt sedap....berasaskan udang ni...pasti menu ini akan diulang lg dan lg....

Tqvm mat gebu....

Sent from my Samsung Galaxy Tab
0 comments

Nuffnang