This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Showing posts with label Pancake. Show all posts
Showing posts with label Pancake. Show all posts

American pancake



Alhamdulillah.....american pancake boleh di makan dgn aneka filling pilihan anda.....


Sent from my Samsung Galaxy Tab 1 comments

BUTTERMILK PANCAKE

sarapan pagi tadi simple jer buttermilk pancake...senang,cepat dan mudah....ni percubaan kali kedua....buat pancake ni.....yg pertama kalau nak tengok pi klik kat sini ekkk....hari minggu ni tak ada aktiviti. kepada yg belum mencuba boleh la cuba....mmg tak mengecewakan....
4 comments

Lempeng Pisang Oat

recipe asal drp blog mat gebu...Terima kasih cik mat gebu ....tp lil darwisy makan sampai tiga keping ...seronok tengok kan dia makan .....kat sini saya c&p recipe nyer.....tak sempat nak susun cantik2 ..masak jer lil darwisy dah tunggu dengan pinggan kosong.....abis jer berlari ke dapur nak lagi.....ni jer yg last tinggal....dpt merasa 1/4 jer .....sedap jugak... sbb semlm sgt kecewa ngan doh pau yg tak naik2...dua kali cuba tak berjaya gak.... saper yg pernah buat pau tolong bagi tahu ekkk kalau keadah manual ni cam mana sama jugak ke cam nak buat roti tu..... sumber :Mat gebu

BAHAN-BAHANNYA :-) 250 gram pisang, dilecek halus 200 ml susu segar (mat guna 100 ml susu sejat + 100 ml air) 1 cawan quaker oats 3/4 camca teh baking powder (mat tambah) Sedikit gula jika perlu (mat tak letak) Garam secukup rasa Madu, untuk hiasan Mentega, untuk hiasan CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali madu, mentega dan garam. Kacau rata dan masukkan garam secukup rasa. Rehatkan bancuhan tadi selama 5 mini, tujuan biar ianya menjadi pekat sedikit.
  2. Lenser kuali non-stick dengan sedikit minyak (mat guna paper towel bersih, celup sedikit dalam minyak dan sapu atas kuali), panaskan dengan api sederhana.
  3. Sendukkan bancuhan tadi ke dalam kuali dan leper2 kan sedikit. Tutup permukaanya, selepas 1 - 2 minit, buka dan jika permukaan kelihatan berlubang2, boleh terbalikkan lempeng. Masak sekejap lagi. Angkat dan buat kaedah yang sama untuk baki bancuhan.
Hidangkan bersama mentega dan madu..Selamat mencuba untuk semua 2 comments

Buttermilk Pancake

Sana sini kawan2 blog terutama izan muffin tuh buat pancake...nak cuba guna buttermilk pulak ternyata mmg sgt lembut, sedap makan dengan resberry jam atau apa pun jem kesukaan anda....
Hasil yg cantik menurut sifu yatie...kena tutup dh kelihatan belubang2 then buka kan dan boleh di balikan...mmg cantik.....tak la berpanau :)
Menghasil kan 6 psc .....cukup kenyang utk sarapan pagi......
Terima kasih hana, izan.....semoga Allah membalas kebaikan kalian semua....
BUTTERMILK PANCAKE sumber: Hanamemories Bahan-bahan · 150g tepung hot pancake - jika tiada ganti dgn tpg SRF atau tpg kek + 1sk baking powder dan soda dan secubit garam (Lina guna SRF ) · 100ml buttermilk (lina tambah air sedikit lagi utk dpt batter sepatutnyer · 1 biji telur size M · 1 sudu makan gula (lina letak 2 sudu makan gula ni terpulang kpd citrasa sendiri yerk) · 1 sudu makan butter cair - optional Cara-cara · Jika menggunakan tepung hot pancake, bancuh semua sebati menggunakan whisk@spatula dan masak seperti biasa. · Jika menggunakan tepung SRF@tpg kek, blend semua sebati dan biarkan sebentar 10-15min baru masak atas kuali seperti biasa. Buttermilk Homemade: 1 cawan susu segar + 1 sudu besar cuka (LIna dh cuba mmg tak byk beza dgn buttermilk yg beli tuh dan lina guna cuka Kurma yg byk khasiat cuba google nk tahu detail ) @ 1 cawan susu segar + 1 sudu besar lemon jus @ 1 cawan susu segar + cream tartar Satukan susu dan bahan pemasam, dan peram 15 minit dalam bekas yang bertutup. Boleh digunakan.
6 comments

American Pancake

Lembut jer...ni dah boleh buat apam balik..lipat dua letak kacang jagung dan sedikit gula pasir..mesti lagi tambah sedap.
Cantik pemukaan nya dh tak berpanau...
Pagi ni cuba buat American Pancake..recipe macam biasa drp blog yatie. Terima Kasih banyak2 dan tip yg diberikan tu sgt berguna... yatie dapat recipe ni drp dapur kak Umi..Terima kasih drp saya...Kali ni dah tak berpanau lagi....cantik permukaannya. Kwan2 yg lain kalu ada masa boleh cuba...di sini say c&p kat blog saya pula supaya kawan2 yg lain boleh membuat nya. Bahan:-
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telor
  • 1 cawan buttermilk (1 cwn susu segar + 1 sudu besar lemon juice)
  • 1/2 cawan gula kastor-saya letak 4 sudu besar
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat ( Kena kurangkan sikit ni pada pendapat saya la ataupun tak perlu letakkan)
  • 1/2 cawan minyak jagung/m.masak(saya letak 5 sudu besar)
Cara-Cara:-
  1. Campur aje sume2 bahan dan kacau rata.
  2. Rehatkan selama 20 minit. Panaskan non-stick pan dengan api perlahan.
  3. Tuangkan adunan dan biar sebentar (tutup pan sebentar). Bila pancake dah mula berlubang2 dan agak kekuningan bahagian bawah, terbalikkan dan masak hingga hingga kuning keemasan. Angkat. Hidangkan dengan syrup, butter or fresh fruits..
*Petua supaya pancake kelihatan cantik permukaannya adalah dngn menggunakan non stick pan...gunakan api perlahan dan tak payah sapu butter/minyak pada pan. Selamat Mencuba. 0 comments

Pancake Mayonis

Terima Kasih pada Yatie....dr blog dia rasa teringin nak makan...sabtu ahad breakfast makan Pancake Mayonis ni...mmg berbaloi2 sgt...bukan sahaja anak2 suka.....satu family...mudah pulak tu tak sampai 10 minute masa utk prepare. Tunggu dalam 20 minute rehat kan better. Masuk kan dalam pan....Dah nampak berlubang macam tu terbalikkan....seperti gambar kat bawah ni....Bak kata Hana mmg berpanau gitu la rupa nyer...tp bila di makan sedap..wehhhh...tak rugi cuba...recipe kawan2 blog ni mmg best....rajin ngan tak jer....ya.
Ni la hasil nyer sgt lembut dan gebu....
tengok reaksi darwisy ...itu.....tak sabar2.....umi....nakkkk... Terima Kasih Yati dan Hana berkongsi recipe yg sungguh enak ini Semoga kalian berdua akan ikut jejak langkah Rose....
Bahan-bahan ni Menghasilkan 6 keping pancake
  • 1 1/2 cwn tepung naik sendiri (SRF)
  • 1 sudu teh (tsp) baking powder
  • 3 sudu besar gula caster (tbsp)
  • secubit garam
  • 60g butter , cairkan
  • 1 cwn susu segar
  • 2 biji telur saiz XL (59g)
  • 1-2 sudu besar mayonis
Cara-cara
  1. Dalam mangkuk kecil, cairkan butter. Add susu segar and telur ke melted butter and mix them well.
  2. Dalam mangkuk yang lain, ayak tepung naik sendiri + baking powder.
  3. Add gula caster and garam and mix it. Then buat lubang di tengah2 and add the melted butter,susu n telur, juga mayonis. mix menggunakan whisk biasa, just whisk it until smooth.
  4. Tinggal kan adunan sekejap lebih kurang 20 minutes.
  5. Gunakan non stick pan and api sederhana, masak pancake seperti biasa.
5 comments

Nuffnang