This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Salam 1 Muharram

Assalamualaikum semua, Alhamdulilah di beri kesempatan dan kelapangan oleh Allah s.w.t menghadiri majlis ilmu bersama2 Shiekh Muhammad Fuad Bin Kamaludin Al Maliki di MAsjid TAR ampang. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah Hijrah kepada semua umat islam walau di mana sahaja berada dengan satu harapan agar kita sama2 berhijrah kearah kebaikan,.. dalam apa sahaja bidang dan perbuatan hatta sekecil memberi salam sesama kita..semoga tahun baru islam ini membawa keberkatan kepada diri,bangsa, agama dan negara kita keseluruhannya. Amin 2 comments

Cucur Bilis

Assalamualaikum semua selamat pagi.....
Cucur Bilis sedap makan panas....terlupa nak campur kan dengan nasi macam izan buat....nampak sedap jer kat blog dia tuh. saya kongsikan recipe ni dengan pembaca kat blog ni.
Mai tengok bahan2 yg diperlukan.
Cucur Nasi Ikan Bilis
  • Bahan-Bahan · 2 cwn nasi · 2 cwn air · 1 biji bwg besar · 2 biji bwg putih · 1/2 cwn ikan bilis · 2 1/2 cwn tepung gandum · 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka) · Daun sup/bawang (di hiris halus) · sedikit garam · Minyak untuk mengoreng
  • Cara Membuatnya

1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati. 2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati. 3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati. 4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak. 5. Saya gunakan tangan saja utk menjemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat memcuba.

3 comments

Nuffnang