Alhamdulillah buat pertama kali memcuba buat sendiri kerabu jantung pisang.......betul kata kak nor sedap dan berbaloi.....boleh ke blog nya www.secubitgaramnor67.com ..hasil carian google juga..sumber kata nya drp blog raihan@periuk tanah. Terima kasih berkongsi....
KERABU JANTUNG PISANG
resipi asal Sheila Rusly
sumber : Raihan@PeriukTanah
Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang) Bahan A:
1 biji cili merah
5 biji cili padi
1 sm belacan siap dibakar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji lada hitam
*Tumbuk semua bahan A hingga lumat
Bahan B:
1/2 biji jantung pisang awak- saiz besar, kalau kecik guna 1 biji ye..
- buang kulit luarnya hingga tinggal bahagian dalam berwarna cerah.
1 biji tomato dihiris nipis
1/2 labu bawang besar dihiris nipis
1 ekor ikan senangin/ kembung/ sardin- gaul garam dan kunyit dan goreng separa garing (resepi asal ikan kembung direbus)- ambil isinya sahaja dan carikkan dengan tangan.
2 sudu besar santan pekat/ pati santan
1 biji limau nipis- diperah jusnya
garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya:
Didihkan air dalam periuk.
Jantung pisang dibelah 2 dan dicuci dengan air.
Rebus jantung pisang selama 15 minit. Angkat dan toskan.
Hiris nipis dan masukkan ke dalam mangkuk.
Masukkan Bahan A yang telah ditumbuk diikuti bahan B.
Gaul rata dan rasa masin dan manisnya. Jika cukup, bolehlah dihidangkan.
Simpan dalam bekas bertutup di dalam peti ais jika ada baki sebelum dihidang lagi....
*** tips sedap: kerabu memang selalunya lebih enak jika terasa kepedasannya, tapi bagi yang 'perut nipis'boleh gantikan cili padi dengan cili merah atau kurangkan jumlahnya....
***kerabu ni boleh dimakan dengan nasi putih tanpa lauk lain kerana telah ada isi ikan di dalamnya.
Sent from my Samsung Galaxy Tab 1 comments