This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Buku Skrap SihatKU

Alia telah di pelawa oleh Guru kelas utk menghasil Buku Skrap... layan je la gambar2 ni ...utk kenangan2 bila alia dewasa nnt.... Sbb tu ummi rakam kan kat blog....ni aktiviti di sekolah....
5 comments

Lunch @ Sri Ayutthaya Damansara

Ni ketam atas nya kerabu mangga....sedap sgt.... Ni sejenis kerabu juga...boleh tahan sedap nya Wow...ni lagi sedap...bagi pengemar udang la ekkkk...yg pasti sedap... Ni sebelum menu sampai....ambil2 gambar dulu :) Ni la meja nya b4 kawan2 lain duduk... Ni team mate yg telah meninggal kan daku keseorangan....disini. Ni je gambar2 yg ada...camera pu ndh abis bateri...kalau nak tahu leh google kat mana alamat nya ya. 0 comments

Pemandangan Office Baru

Bangunan Islam apa tah....tak nampak sgt nama bangunan tu. Nampak tu muzium Negara ....kalau tention dpt la tengok dunia luar... Tu apa tah...tak pasti...tp hijau tu yg penting .. 1 comments

Selamat Datang Bulan Ramadhan

مَرْحَبَاً يَا شَهْرَ رَمَضَانْ , مَرْحَبَاً شَهْرَ الْعِبَادَةْ مَرْحَبَاً يَا شَهْرَ رَمَضَانْ , مَرْحَبَاً شَهْرَ السَّعَادَةْ Selamat datang wahai Ramadhan, Selamat datang wai bulan Ibadah, Selamat datang wahai Ramadhan, Selamat datang wahai bulan kebahagiaan... مَرْحَبَاً يَا زَاهِرَ اْلآنْ , فِيْ الْمَجَالِيْ بِالزِّيَادَةْ لِلأَخِلاَّ قُرَّةْ أَعْيَانْ , أَنْتَ يَا شَهْرَ الإِفَادَةْ Selamat datang wahai yang tiba dengan Cahaya dalam kejelasan bertambahnya Anugerah, Bagi para Kekasih ALLAH engkau adalah kesayangan mereka wahai bulan yang penuh dengan keberuntungan... فِيْكَ يُجْلَى الرِّيْنُ والرَّانْ , حِيْنَ تُجْلَى الإِسْتِجَادَةْ مَرْحَبَاً ذَا خَيْرَ إِتْيَان , شَهْرَنَا شَهْرَ السِّيَادَة Padamu tersingkir segala kehinaan dan dosa, saat terbentangnya kesempatan untuk menyungkur sujud, Selamat datang sebaik-baik yang mengunjungi usia kami, bulan kita ini adalah Baginda bagi bulan lainnya... أَنْتَ سَيِّد كُلِّ الأَحْيَانْ , وَالْيَتِيْمَةْ فِيْ الْقُلاَدَةْ مَرْحَبَاً يَا شَهْرَ اْلإِحْسَانْ , وَالصَّفَا وَالإِسْتِفَادَةْ Engkaulah Pemimpin bagi setiap saat, dan Kepala Mutiara bagi kalung kehidupan, Selamat datang bulan Kemuliaan, Kesucian dan terbukanya kesempatan mengambil manfaat... مَرْحَبَاً مِنْ غَيْرِ حُسْبَانْ , حَيْثُ لاَ نُحْصِيْ عِدَادَةْ كُلُّ مَسْجِدْ فِيْكَ قَدْ زَانْ , رَبُّهُ بِاالنُّوْرِ زَادَهْ Selamat datang kuucapkan tanpa terhitung, hingga tidak terhingga banyaknya, Segenap Masjid terindahkan dengan kedatanganmu, Tuhan segenap Masjid Menambahkan Cahaya pada Masjid² dengan kedatanganmu... أَنْتَ بَهْجَةُ كُلِّ مَنْ كَانْ , حَازَ مِنْ تَقْوَاهُ زَادَهْ كُلُّ مُسْلِمْ فِيْكَ نَشْطَانْ , فِيْ التَّوَجُّهْ لِلْعِبَادَةْ Engkau Cahaya Kemegahan bagi segalanya, beruntunglah barangsiapa yang taqwanya bertambah, Setiap Muslim giat di hari²mu dalam semangat beribadah... وَعَنِ اْلآثَامِ كَسْلاَنْ , وَلَهُ الطَّاعَاتْ عَادَةْ فِيْ تَرَاوِيْحٍ وَقُُرْآنْ , قَدْ جَفَا نَوْمَ الْقُعَادَةْ Dan mereka (di bulan Ramadhan) malas berbuat dosa, dan bagi mereka ketaatan pada ALLAH menjadi adat kebiasaan, Dalam solat Tarawih dan al-Qur`an, telah sirna kantuk orang yang malas solat malam... مَرْحَبَاً يَا عَالِيَ الشَّانْ , مَا انْقَضَى وَصْفُ وِدَادَهْ وَصَلاَةُ الْواحِدِ الْمانّْ , مَنْ حَبَا النِّعْمَةْ عِبَادَهْ Selamat datang wahai Pemilik derajat yang Mulia, yg tiada henti hentinya gambaran Keindahan dan kerinduan atasnya, Dan Selawat dari Yang Maha Tunggal dalam segala Anugerah, Yang Maha Memberi keni`matan dalam beribadah... تَتَغَشَّى فَخْرَ عَدْنَانْ , وَكَذَا الآلَ الإِجَادَهْ وَالصَّاحَابَةْ هُمْ وَاْلإِخْوَانْ , نِعْمَ أَصْحَابُ الشَّهَادَةْ Selalu terlimpah pada sang kebanggaan keturunan Adnan (Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم), dan pula segenap Keluarga yang mulia, serta Sahabat dan merekalah para Saudara, semulia-mulia para Syuhada... مَاأَضَاءَ بَالنُّوْرِ رَمَضَانْ , وَانْجَلَى رَيْنُ الْبَلاَدَةْ Seterang benderangnya Cahaya Ramadhan, maka sirnalah kesempitan hati orang² yang dalam kebodohan... Ihsan drp Sahabat Selawat FB Copy from ukht Mastura yg dikasihi.... 7 comments

Roti Mayonis Nutella

Salam jumaat yg penuh barakah...
 
 
Roti ni dah lama buat..kira nya ni N3 tertangguh...
 
Lembut roti ni dan pertama kali guna  water roux...boleh buat lagi lain kali.

--
lina
5 comments

CD Semarak Kasih Rasulullah - Rahmat

Assalamualaikum kawan2 blogger sekalian...ini satu2 nya julung kali nya tedapat CD yg menyeru kita semua rasa mahabah pada rasullulah...Qasidah, Sirah memuji keaggungan dan kemuliaan Rasullullah.... Rahmat merupa artis malaysia yg telah berhijrah....Alunan suaranya sgt menenangkan kepada sesiapa yg mendengarnya....harga satu CD ini RM 25.00 sgt sesuai dijadikan hadiah... Hasil jualan CD ini sebahagian nya di salurkan ke YAYASAN SOFA utk aktiviti dakwah, pendidikan, penyelidikan dan kebajikan ISLAM. Insya ALLAH. Infak kecil kita utk di hari kemudian....Mari la kita sama mendengarnya....kalau tak silap dah ada di siarkan di radio IKIM...Dan yg paling berharga mendidik anak2 kecil kita mencintai Rasullulah.
0 comments

2nd time Macaron in the house

Kali kedua lina bake this macaron...boleh la sikit nak balance kan buat bulat ikut duit 5o sen Ni color pink...tapi tak berapa nak pink sgt takut nak letak pewarna terlalu banyak...kali ini lina kurangkan jumlah gula...sila rujuk recipe dibawah ye...pemukaannya macaron lina tak berkilat sgt mcm first time buat tu mungkin sbb kurang gula agak nya....kita mencuba lagi....baru tahu sbb2 nya. Cabaran yg sgt best utk diri sendiri.... Alhamdulilah semua boleh dimakan walaupun feet nya tak kelihatan....kena practice lagi Ni la hasil nya dengan recipe copy drp ita ini menghasil kan 54 keping.... ni recipe yg lina ikut ....letak kat sini supaya senang lain kali nak buat rujukan Copy from ita johor

MACAROON

80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A

65g gula castor( lina letak gula 50 g )

80g serbuk almond

140g gula icing( Lina letak gula 100g)

pewarna

Dalam resepi Rima ada letak lemon jus, tapi ita tak letak. Ok untuk pewarna pulak, kali ni ita guna yg serbuk lebih mudah! kang takut klu guna yg jenis cecair tu kang ada pulak yg tercurah lebih dah cair pulak adunan tu... untuk selamat kita guna yg serbuk.

Sebelum kita mula. kita sediakan dulang pembakar terlebih dahulu. Alas dulang pembakar dgn kertas minyak. Ambil duit syiling 20 sen dan lukis atas kertas minyak dan jarakkan setiap satu sebanyak 3 cm(Kali ini lina guna syiling 50 sen). Terbalikkan kertas dan letak atas tray atau dulang pembakar. Ketepikan. Yang paling mudah kalau kita guna baking paper lebih mudah untuk tanggalkan macaroon tu. Kalau guna kertas minyak, bila macaroon dah masak nanti lepas keluar oven terus pancit dgn air belakang kertas minyak. Biar sekejap nanti macaroon tu mudah tanggal. Hati2 ye! jangan sampai tercedera pula... sebab panas tu..

Langkah 1

Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan

Langkah 2

Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang seperti gambar dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max. Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar sehingga adunan kental dan bertanduk seperti gambar 1 (anggaran dlm 10 minit). Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh. (bahagian ni kena pastikan adunan tu betul2 kental). Tapi jangan terlebih pukul ye! dia dah bertanduk aje dah ok!

Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula aje. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.

Kemudian boleh lah kita letak pewarna. Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannyer sedikit

Langkah 3

Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg.

Langkah 4

Kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas minyak tadi. Siapkan sampai habis.

Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar

Rehatkan macrons lebih kurang 30 - 45 mint. Pastikan macaron benar2 kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan.

Panaskan oven 150C - ita cuma gunakan 140C mengikut kepanasan oven. Oven jangan panas sangat kerana nanti macarons pecah atau retak. Letakkan tray di bahagian tengah dlm oven. Bakar selama 15 - 20 minit.

Setelah masak, letakkan macrons bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk.

14 comments

Nuffnang