Alhamdulillah..
nikmat mana nak didustakan......sejarah tercatit pd hari kelahiran nya syidina Rasulullah s.a.w
0 commentsAlhamdulillah..
nikmat mana nak didustakan......sejarah tercatit pd hari kelahiran nya syidina Rasulullah s.a.w
0 comments Posted by lina at 8:45 PMSelesai seminar.....alhamdulillah..selamat hari lahir ya Rasulullah....penghulu awal dan akhir....
0 comments Posted by lina at 6:19 PMSemoga Allah qabul kan niat kalian untuk menjadi hafiz Dan hafizah....pastinya tahun hadapan 2017 kalian terpisah demi mengapai cita2, dimana ditempatkan/ letakkan olehNya adalah yang terbaik drpNYA....TAHNIAH Anak2....semoga kalian benar2 bakal menjadi pewaris syaidina Rasulullah s.a.w....semoga kalian terus menerus menjadi pencinta Al Quran serta istiqomah dgn kalamNYA....terima kasih tidak terhingga pada ustazah nurul....semoga setiap kebaikan ustazah dibalas olehNya dgn selayaknya...
Note: Final Paper year 2016....Alhamdulillah...
0 comments Posted by lina at 8:44 AMAs sofa terus melakarkan sejarah baru buat Islam terutamanya sebagai bangsa dan komuniti Malayu. Ini kerana Buat pertama kalinya solat Jumaat akan dilangsungkan di Masjid yang ditubuhkan oleh orang melayu pertama di Kota London. Ini merupakan satu perkembangan baik bagi Melayu Islam di Kota tersebut.
Selepas 100 tahun (1338H-1438H) bermulanya kehadiran orang melayu di United Kingdom maka As Sofa melangkah ke hadapan dengan memikul tanggungjawab menyediakan Masjid Kolej Sofa London demi kepentingan dan kemudahan masyarakat melayu United Kingdom bagi memastikan mereka dapat menunaikan ibadah dan menuntut ilmu agama selaras dengan resam adat melayu nusantara.
Salah satu keutamaan dan program yang akan dijalankan adalah solat jumaat, kerana solat jumaat ini akan mengumpulkan komuniti Malayu Nusantara dalam satu kawasan khusus serta khutbahnya didalam bahasa ibunda. Masjid kolej sofa
London yang boleh menampung sebanyak 200 jemaah dalam satu masa ini akan menjadi tempat perkumpulan komuniti melayu terbesar di benua eropah. Sekaligus ianya akan dapat menjadi tempat penyatuan pemikiran, aqidah, mazhab dan lain lain lagi.
Semoga anugerah dan nikmat yang Allah kurniakan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.
Inilah As sofa ... dan inilah perjuangannya, selagi ada umat Islam terutamanya Melayu badan atau organisasi ini akan sentiasa mengambil perhatian dan penuh tanggungjawab bagi memastikan seluruh Melayu Islam mendapat keperluan dalam aspek Ibadah dan aqidah. Kita patut berbangga dengan As sofa atas usaha dan keperihatinan yang diberikan. Semoga Allah memberikan kekuatan dan dipermudahkan misi serta visi As Sofa.
0 comments Posted by lina at 9:03 PMAlhamdulillah baru rasa sedikit puas hati....deco nya abaikan mmg tak ada talent...
0 comments Posted by lina at 2:48 PMSemoga melakar sejarah yang pertama dgn keberadaan kalian di university tertua di dunia university ez zaitona
0 comments Posted by lina at 6:29 PMAlhamdulillah dgn hasil kerjasama semua pihak bakal tertegak masjid di Kota London...kepada penderma dana terima kasih....itulah hasil nya...dan insya Allah ianya tidak terhenti disini....
0 comments Posted by lina at 2:37 PMGambar ambil drp blog Masam manis....tak sempat nk ambil gambar...ternyata hasil nya sama..Terima kasih kak ita...semoga Allah sentiasa merahmati akak sekeluarga |
Kredit to blog MASAM MANIS |
PENUBUHAN MASJID AS SOFA - MASJID MELAYU PERTAMA DI KOTA LONDON
Assalamualaikum Dato'/Datin/Tuan/Puan yang dimuliakan Allah.
Yayasan Sofa dan Sofa Education Limited U.K sedang berusaha menubuhkan Masjid As Sofa di London.
Masjid As Sofa ini pastinya akan melakar sejarah sebagai Masjid Melayu yang pertama ditubuhkan di London.
Ianya berfungsi memudahkan umat Islam terutamanya masyarakat Melayu menjalankan ibadah seperti solat, majlis Ilmu, pusat pengajian komuniti, pusat bimbingan muallaf, sambutan hari kebesaran Islam yang berteraskan kepada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Masjid ini akan menjadi pusat, penaung dan benteng masyarakat Melayu di London dalam menjaga aqidah mereka daripada diserang dengan fahaman fahaman yang salah.
Masjid As Sofa London bakal ditubuhkan disebuah premis di - 1 Thorpe Close, London W10 5XL.
Masjid ini akan diuruskan oleh Ustaz Mohamad Zaki Bin Ismail wakil Sofa Education Limited di London.
Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati sekiranya Dato'/Datin/Tuan/Puan dapat membantu penubuhan Masjid Melayu yang pertama di London melalui sumbangan yang boleh disalurkan ke
Maybank (MBB)
Yayasan Sofa Negeri Sembilan :
5626 7421 0071
Setiap sumbangan akan disertakan resit rasmi yang boleh digunakan untuk tujuan pemotongan cukai pendapatan.
🔅Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya atau :
En Amran Ismail - CEO Yayasan Sofa
☎ 0193795577
Ustaz Abdullah Abdul Razak - COO Yayasan Sofa
☎ (019- 904 0669)
1 hingga 10 Zulhijjah merupakan hari-hari yang mulia didalam Islam, dan semoga kita dapat menginfaqkan harta sepanjang 1-10 Zulhijjah ini.
Rasulullah ﷺ bersabda :
"Barangsiapa yang membina masjid kerana Allah, samada kecil atau besar, nescaya Allah akan membina untuknya istana di dalam syurga."
Riwayat Bukhari dan Muslim.
0 comments Posted by lina at 11:40 AMSemoga anak2 sentiasa dlm perlindunganNya dan peliharaan Nya....
0 comments Posted by lina at 8:46 AMKakak bawa bekal ke sekolah utk kawan2.... Kali ni letak homemade jem stawberry....
0 comments Posted by lina at 10:06 AM