This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Catatan Hati Nik Nur Madihah

Walaupun adik Nik Nur Madihah telah meninggal kan alam persekolah hampir tiga tahun lalu baru semlm saya berpeluang mendapat dan mendengar CD tentang kisah kehidupan beliau.

mendengar kisah Nik Nur Madihah hingga menitiskan air mata..kagum dgn ketabahan dia..kagum dengan ketaqwaan dia..
malu dgn diri sendiri jika nak dibandingkan dgn diri dia…perbezaan umur tidak akan membezakan kematangan dan keimanan seseorang itu..Madihah memang layak atas segala kejayaan yang diperolehinya..dan petah berbicara..
ni sedikit kata2 Madihah yang tersentuh dek hati kecil ni..

kalau nak ikutkan..memang selalu menangis..kadang2 tu ada juga rasa putus asa..kena kuatkan semangat untuk melepaskan keluarga dari kesusahan..segala pengharapan diluahkan kepada yang Maha Esa, Dia pasti mendengar..Hadirkan hati ketika berdoa dan ikhlas…YAKIN InsyaAllah..

banyakkan puasa isnin khamis..bukan untuk menahan lapar..ianya ibadah sunnat..banyakkan juga solat malam..masa ni lah kita nak mengadu segalanya kepada Allah…

dan kata2 seorang ayah Nik Kamal (ayah madihah)
tanamkan rasa cinta pada anak-anak tentang agama dan ilmu pengetahuan..hanya ilmu pengetahuan dan agama akan menjadi panduan mereka..

dalam mencari rezeki..carilah rezeki yang HALAL dan yang TERHALAL…jauhi dari yang syubhah.. walau sedikit, insyaAllah ianya halal dan BERKAT..hanya rezeki yang berkat akan diberi kepada anak-anak dan ianya akan mengalir menjadi darah daging yang berkat..

NIK NUR MADIHAH NIK KAMAL PELAJAR SPM TERBAIK MALAYSIA- 20A ( Pada saya secara keselurahan nya bukan jumlah A yg diperolehi tetapi KETAKWAAN NYA KEPADA yang ESA sangat saya kagumi)

2 comments:

Cik Amy Sensei said...

salam..

tengs yaa sudi singgah ke blog saya..
harapan..moga ceria dan happy selalu ek..

Hawa said...

kak Ina, tersentuh lagi...anak ini patut jadi idola kepada anak2 kita...n3 yg sangat menarik..

Post a Comment

Would lurve to hear your thoughts on this.Thanks!

Nuffnang