This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

MAC N CHEESE Macaroni

Assalamualaikum, Our breakfast this morning MAc nCheese Macaroni...mmg berbaloi sedap...
Bakar terlebih sikit....tp rasa tetap sedap.....jemput makan...
Bahan-bahannya 1 paket (500 gram) macaroni spiral San Remo (atau boleh guna bentuk macaroni lain yang disukai) 220 gram Du Chef tomato puree (tin sedang)/ 1 botol besar sos spaghetti 400 gram daging cincang 1 biji bawang besar, didadu 3 ulas bawang putih, dicincang 5 tangkai cili padi thailand, dicincang ( yg ni tak letak sbb darwisy pun sukee) 2 - 3 helai bay leaves (kering) sedikit rempah oregano garam dan gula secukup rasa 1 buku (250 gram) keju cheddar, diparut 500 - 600 ml susu segar 3 sudu besar tepung gandum ( sy letak tepung jagung) Cara-caranya 1. Rebus spiral pasta mengikut peraturan dipaketnya. Sebaik sudah masak, angkat dan toskan. 2. Untuk Sos Merah: Tumis bawang besar dan bawang putih dengan sedikit minyak sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili padi dan daging cincang. Tumis sehingga daging bertukar warna dan pastikan jangan sampai air daging kering. 3. Masukkan tomato puree/ sos spaghetti Prego dan sedangkan api. Kalau guna sos spaghetti Prego boleh campurkan 1 cawan air kedalam periuk. Jika guna tomato puree tidak payah tambah air. 4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Sosnya jangan terlalu kering sangat kerana lebih sedap berkuah supaya mudah digaulkan bersama macaroni. 5. Untuk Sos Cheese: Masukkan susu segar dan tepung gandum dan gaul rata. Masak diatas dapur dengan api yang kecil dan masukkan parutan keju cheddar. Kacau sehingga cheese cair dan sebati. Sebaiknya sos cheese jangan terlalu cair. 6. Cara menyediakan Mac N Cheese: Gaul sos merah dan macaroni spiral sehingga sebati. Tuang setengah adunan kedalam caserole dan lapiskan dengan sos cheese, dan kemudian tuang lebihan macaroni dan atasnya ditutup dengan sos cheese. Kalau nak lebih sedap boleh taburkan parutan keju cheddar diatasnya dan bakar sehingga ia bewarna kuning keemasan. Dapat menyediakan 2 loyang 8 x 8 inci. NOTA: Jika menggunakan sos spaghetti, anda boleh kecualikan penggunaan rempah oregano dan bay leaves

6 comments:

shidafzan said...

wahhhhh sangat sedap.. rajin nya masak pagi2..

lina said...

:) senang jer dan cepat gak utk di sediakan.

Mommyyus said...

hi, esok saye nak try buatlah.

lina said...

selamat memcuba..

Haza Wahida said...

sedapnya..terus perut berbunyi2 sekarang hehhe

lina said...

haza try la mesti humaira sukee..sbb darwisy and alia mmg suke sgt.

Post a Comment

Would lurve to hear your thoughts on this.Thanks!

Nuffnang