This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Kek Chocolate Tanpa Telur

Makan suam2 ....dengan air kopi perrhhh....lazat. Kpd kawan ku yg tgh berpantang anda bolen mencuba cake ini :) Ni cake yg telah dimakan olen si kakak....sedap sgt bau nyer pun sgt harum. Pelik tp benar itu la dia cake tanpa telur. terima kasih pd DJ yg share kan receipe ni...dan ramai lagi kawan2 blog yg telah cuba. Mmg memuaskan hati....tak rugi utk mencuba. So sesiapa dalam pantang pun boleh makan cake ni...ngeh...ngeh. (utk 1 loyang kecil) 1 cawan tepung gandum (Lina guna SRF) * 1/3 cawan serbuk koko hitam* (serbuk koko lain pun boleh) 1 sudu kecil serbuk penaik* 1/2 sudu kecil soda bikarbonat* 1/4 sudu kecil garam 3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing) Lina letak 1/2 cawan gula jer 1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung 3/4 cawan air kopi panas 1/3 cawan susu segar 1 sudu kecil esen vanilla 1 sudu kecil cuka / jus lemon (DJ prefer guna cuka) Cara-cara : 1. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C. (CT guna loyang 6x6x3 untuk buat 2 adunan). 2. Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan gula dan kacau rata-rata. 3. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi betul2 panas). 4. Tapiskan adunan. 5. Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat. 6. Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2). 7. Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok. *** Gunakanlah cawan dan sudu metrik utk menyukat bahan-bahan. *** Fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.

1 comment:

Anonymous said...

[Nemo]-Like this recipe coz anak buah saya dia xleh makan telur sbb if dia makan muka dia akan tumbuh jerawat banyak tp dia suka sgt makan choclate cake. cian tgk kadang2 when kitorang mkn choch yg ada kandungan telur dia tgk x leh makan...nanti nita nk bg resipi nie dekat mak and me also try nk wat this choclate cake without egg..nice2

Post a Comment

Would lurve to hear your thoughts on this.Thanks!

Nuffnang