This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Sexy Butter Roll Mat Gebu

Ni hasil roti yg dapat perbagai bentuk mengikut kehendak anak2....roti silang tu lina saje nak cuba....practice make perfect.....Insya Allah akan cuba buat sampai puas hati….
Oleh kerana teruja dengan roti kat dapur mat gebu. Lina pun telah memcuba membuat roti sexy ni gelaran drp mat gebu....apapun terima kasih pada mat gebu ternyata roti ni gebu seindah nama mat gebu itu sendiri.... pi la singgah ke blog mat kat SINI. lina dah buat list nak cuba roti drp dapur Mat lagi. Iklan di blog BA.....mmg bagus.
Ni bahan yg diperlukan
Bahan-Bahannya :-)
200 g tepung roti (high-protein flour)
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh bread improver5 g gluten (mat ganti dgn 1/2 camca teh bread softerner) lina ikut mat jugak
40 g gula halus
6 g instant yeast
30 gram telur, pukul 1 biji telur kemudian timbang
95 ml air ( Air letak sikit sehingga jadi doh jgn letak sekaligus)
30 g mentegaTelur + esen vanilla, untuk disapuSedikit gula pasir kasar
CARA MEMBUATNYA :-) Satukan semua bahan diatas kecuali mentega, ke dalam mangkuk adunan, uli hingga menjadi doh, tambah mentega, terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Bulat2kan, alih dalam bekas dan bungkus dengan plastik, biar 45 minit - 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan "on", tunggu hingga siap. Tabur meja kerja dengan sedikit tepung gandum, keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang udara. Bulat kan dan canai seperti dalam gambar. Potong kepala 12 bahagian sama besar (agak2 jee). Kemudian gulung satu persatu potongan tadi secara berhati2 dari luar ke dalam (dari bahagian besar ke bahagian kecik), kemas kan dan alih ke dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap. Biar 45 minit hingga doh mengembang. Sapu dengan telur (lebihan yang 30 gram tadi) + esen vanilla pada setiap doh roti, tabur sedikit gula pasir kasar. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan, sejukkan atas jaringan atau boleh juga dihidangkan panas2...

No comments:

Post a Comment

Would lurve to hear your thoughts on this.Thanks!

Nuffnang