This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

SPM..SPM..SPM

Sekolah Tinggi Islam As-Sofa (STIAS) Rembau Negeri Sembilan. Kenapa saya sgt teruja dengan sekolah ini... Anak2 di STIAS dibekalkan dengan bekalan ilmu duniawi dan ukhrawi yang secukupnya serta disemai dalam diri mereka perasaan mahabbah iaitu kasih sayang.

STIAS merupakan sekolah swasta yang berkonsepkan pengajian pondok moden yang dilengkapi pelbagai infrastruktur. ( Kalau dulu di pemikiran kita terbayang kedaifan sekolah2 pondok yg terdpt di m’sia sgt menyedihkan…..Nah….sgt berbangga dengan pencapaian….

Ini termasuklah bangunan asrama untuk pelajar lelaki dan wanita, kemudahan bilik darjah, bilik tayangan, bilik komputer serta madrasah yang menjadi lokasi untuk pelajar berkumpul atau mengadakan aktiviti berbentuk kerohanian

Sesiapa sahaja pernah menjejakkan kaki sekolah ini pasti kagum dengan pengusaha sekolah ini pemikiran yg berdayasaing dan mengangkat ISLAM seterusnya membuka gebang kegemilangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) Insya Allah.

Walaupun tiada anak saya bersekolah di sini…semoga Alia dan lil darwisy akan mengikut jejak abang2 dan kakak2 yg telah Berjaya….pada saya yg paling berharga dalam diri anak2 ini ada AL- QURAN di dada mereka….masya Allah….sungguh tinggi nilainya tiada bandingan….Tambah2 lagi anak2 di sekolah ini diasuh dan diterapkan dalam jiwa mereka perasaan kasih kepada Allah, mencintai Rasulullah S.A.W, para sahabat dan ahli keluarga Baginda serta para ulama. Kecintaan yang disemai menyebabkan mereka berlumba-lumba untuk mencontohi insan yang dikasihi tersebut dan menjadikan mereka contoh teladan sepanjang zaman.

“Bacaan qasidah dan sirah Nabi akan diulang dari semasa ke semasa kerana memperingati Rasulullah S.A.W dan aktiviti meraikan rahmat yang datang bersama kelahiran Baginda.

Tahniah kepada warga kerja seluruh STIAS rembau memdapat keputusan 100% sekaligus mendpt gelaran sekolah TERBAIK drp yg baik2. Insya Allah

9 comments:

ICA said...

Ni lah salah satu sebab kitaorg pindah ke sini...choices for islamic school lagi banyak if nak bandingkan dengan di tempat lama. Moga anak2 kita dpt jadi anak2 yg soleh/solehah nanti. Amin.... :))

lina said...

Ica - Betul, Insya Allah semoga anak2 kita menjadi anak2 yg tidak lupa Al- quran, sunnah, dan yg paling penting akidah nya terpelihara Insya Allah.

~ Mummy Gee ~ said...

Kalau berkemampuan memang ramai yang nak hantar anak2 ke sekolah macam tu tapi klu dah tak mampu hantar je ke sekolah biasa tapi ibubapa kena mainkan peranan lebih untuk mendidik anak2 semasa di rumah.

AdiaLuze said...

Waaahhh Kagumnye ngan tenaga2 pengajar mereka ni... =.=

P/S : sy nak 'renovate' blog tu smpi berpino mata kak... Ty kak hawa ... Hehehe

lina said...

Mummy Gee - Mmg benar tp sekolah ni lain drp yg pernah saya tahu. Apa pun mmg tidak dinafikan asas didikan bermula dr rumah. Jika anak2 yg tidak berkemampuan drp segi kewangan ttp keputusan nya baik saya pasti pihak sekolah STIAS tidak ada alasan utk TIDAK mengambil pelajar tersebut. SBB sekolah ini bukan memperjuangkan keuntungan. Sekolah ini punya vision dan target utk melahirkan ULAMA pelapis dan memperjuangkan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Nieza said...

bagus sekolah tu yer kak....ilmu dunia juga penting tapi ilmu akhirat itu yg utama..:)

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Semoga semua mereka terus kekal dengan segala pelajaran & amalan supaya menjadi Muslim beriman, sempurna & berjaya. Amin.

d_LA said...

Wahhhh...bagusnye skolah ni..Tahniah kerana mndpt kptsn 100%

AdiaLuze said...

Sbuk ke kak sekarang ni ... Masih kat site ker ? Rindu la ngan muffin akak ;)

Post a Comment

Would lurve to hear your thoughts on this.Thanks!

Nuffnang