This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Cheese Tart - Azita

Kali kedua buat seorang berbekal bantuan drp alia masukkan filling blue berries dan tolong buat corak...kat atas nun....mmg tak puas ati lagi ngan cheese tart ni....sgt mencabar la nak buat nyer...baru nak bertatih belajar buat cookies ni.... Filing harus la letak byk2 kan..sendiri nak makan...:) Tip drp azita sgt menbantu..so far yg dh cuba ramai termasuk nieza nun jauh tu.....sesiapa nak cuba sgt di alu2kan. Terima Kasih azita....sesiapa yg teringin nak tengok cheese tart azita yg montok klik ke link di sini Ni shell nya... Ni saya copy kat sini supaya senang nak buat rujukan bila2 diperlukan balik recipe ini... Cheese tart ni tak berapa montok cam azita buat...nak kena cuba buat lagi lain kali...

Tart Crust / Shell Bahan-bahan : 170gm marjerin 50gm gula aising 1 biji telur Gred C 290gm tepung gandum 1 sudu kecil esen vanilla Cara-cara :

1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.

2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.

4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.

5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling Bahan-bahan : 250gm cream cheese 50gm gula kastor / gula halus 1 biji telur Saiz B ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon Cara-cara :

1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.

2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.

4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Filling : Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

Cara-cara ( rujuk gambar ) :

1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.

2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.

3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!

4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.

5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.

6. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.

7. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.

8. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)

9. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.

10. Bakar selama 5 minit. Siap!!!

Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman azita sangat membantu Terima Kasih...) :

1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).

2. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.

3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.

4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.

15 comments:

fit said...

fit sukeee sgt cheese tart..nak try wat..tp tatau resepi mane yg best..hehehee..leh la cube kalau nak wat pasne..

lina said...

fit - recipe ni boleh membantu...sbb ni kali pertama buat sendiri.

ainnoraini said...

suke makan tapi tak pernah buat sendiri...
lepas ni harus cube..sebab anak2 kat umah pun suke makan cheeae tart ni..

Nurul said...

SEDAPNYA......!!!!!!!!!!!!!!!!!! baru je makan. berangan nak buat tapi rumah baru takde oven...huhu...

AdiaLuze said...

Sedapnyeeeeeeeeeeee ... Hari tu tak bawak pun kaann .. Hmmm ... Len kali buat, bwk la skit ye ... Hehehe

Lelord said...

huhuhu ritu lela ada wat gak tp bab deko failed rupanya kena guna lidi or toothpick

dah rupa anak cicak lak

http://lelord-mamanajlaa.blogspot.com/2011/04/blueberry-cistat.html

lina said...

nurul - kena beli oven dulu...pasni kalau you buat pasti cantik...bunga2 atas cream cheese tu.

aida - satu hari nak buat cheese tart ni. rasa nya elok order jer hahaha

lelord - wah dah buat dulu ekkk...nnt kita pi tengok..

Nurul said...

haha...tidak boleh berharap sangat. agak tidak berseni when it comes to food :o)

Nor Moscow said...

saya ni tang buat kulit memang berjaya..tetapi bila bubuh cheese dan bakar untuk kedua kalinya memang selalu fail pulak..

CT Delima said...

sungguh sedap ! lama tak makan dan buat cheese tart. betul lah, kalau nak buat ni kena tertip masa nak buat lorekkan tu. tak tahu lah kalau kak ct buat bole cantik mcm ni ker tidak :D

lina said...

Nor - Insya ALlah cuba lagi. dulu pun tak tahu kalau tak jumpa azita nyer blog ni mmg dia nya petua tummg byk membantu.

CT - lina sgt pasti ct boleh sbb semua kuih yg ct buat cantik2....ct kiranya mmg sifu la kat blogger yg lain.

AdiaLuze said...

Nak order ngan akak leh tak ? Ngeee ~

Uncle Lee said...

Hi Lina, wow! Saya suka ni.....looks sedap best! Love the colours.
I guess you ada Black Belt in cake making, ha ha.
Ada lagi?
You have a nice weekend, simpan satu lagu dalam hati.
Lee.

lina said...

aida - tak la aida...nnt kalau free kak lina bawa office jer ekkk.


Uncle Lee - dh abis....next time kay...ngeh..ngeh.

Anonymous said...

salam. bole bg tips cmna nak dapatkan shell yang cantik tak? saya buat tapi tepinye tak rata mcm awak buat tu, nape ek? kena canai dlu ke doh tu? thanks..ni emel kite nur_nizam84@yahoo.com

Post a Comment

Would lurve to hear your thoughts on this.Thanks!

Nuffnang