This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Red Velvet tak bermake up !

Assalamulaikum semua kawan2 dan selamat pagi, Dah lama nak buat cake yg dah ramai kawan2 blog yg lain dh buat terutama pada hari2 ISTIMEWA...la katakan .....mmg cake ni sgt sesuai.....cake ni mmg tak plan pun nak buat dlm waktu terdekat ini.... tapi bahan semua ada kecuali cream cheese dan whipping cream....maka nya cake ini tak sempat la nak makeup kan...rupanya mmg hodoh....tp mmg SEDAP, MOIST, je kalau letak cream cheese dan tambah kan lagi blueberry filling....mmg subahanALLAH sgt sedap...ye kawan... Mmg betul la kata Ita johor, kak Nor, dan sumber asal drp Rima S'pore...tak rugi cuba cake ni.
Nak tengok version sifu2 click kat nama2 mereka ye...pasti teruja...
Tengok la kalau sempat nak make up kan sikit balik petang nnt...Ni pun buat malam tadi sambil menghiburkan lil Darwisy....boleh borak2 sambil ummi timbang tepung dan buat sukatan gula, dan bahan sewaktunya... Alhamdulilah menjadi juga walaupun rupanya hodoh....nak tunjuk juga....betul2 tak malu... okay nnt sambung citer lagi pasal cake yg sedap ini. Insya ALLAH. AKan cuba dan cuba lagi buat..warna nak MINTA bantuan Kawan2 semua guna brand apa ye....Recipe nnt lina share kan ye. Wassalam. Boleh rujuk kan blog yg telah lina nyatakan di bawah ini....Selamat mencuba!

source : Rima , Kak Nor

copy from blog : Ita

1 1/4 cup tepung - ita guna tepung kek

1/2 sudu kecil baking powder

1/2 sudu kecil garam

1 sudu besar serbuk koko

1 sudu besar pewarna merah - ita guna 1 1/2 sudu kecil

57 gm butter tampa garam

3/4 cawan gula - ita guna gula kastor

1 biji telur - ita guna gred A

1/2 sudu kecil esen vanila

1/2 cwn buttermilk - ita guna susu segar (boleh + 1/2 sudu jus lemon)

1/2 sudu kecil cuka masakan

1/2 sudu kecil baking soda

Panaskan oven pada suhu 175 C. Bergantug pada oven ita guna 165 C ( Yg ini kena tengok jenis oven sendiri ekk)

Dalam satu bekas, ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan

dalam satu mangkuk yg kecil. satukan serbuk koko dan pewarna merah dan kacau rata hingga menjadi paste. Ita tambahkan sedikit air supaya mudah melarut.

Dengan menggunakan mixer, pukul butter dan gula hingga lembut dan ringan.

Masukkan telur dan pukul lagi hingga bergaul sempurna.

Masukkan esen vanila dan campuran koko dan pewarna merah tadi dan pukul lagi hingga sebati.

Masukkan tepung berselang seli dgn buttermilk. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dgn tepung (tepung, susu, tepung, susu dan akhir tepung)

Dalam satu bekas kecil yg lain satukan cuka dan baking soda.

dan kemudian masukkan ke dalam adunan tadi. Gaul kan sempurna dgn spatula.

Tuangkan adunan tadi ke dalam bekas loyang pembakar berukuran 6inc yg telah di gris dgn butter dan di alas dasarnya dgn kertas minyak.

Bakar pada suhu 175 C selama 50 minit atau sehingga masak. Ita bakar selama 1 jam.

Setelah kek masak, sejukkan dahulu atas redai hingga ia benar2 sejuk.

Setelah itu potong kek kepada 2 atau 3 bahagian.

Sapukan Cream Cheese ke atas setiap lapisan kek.

Akhir sekali salutkan keseluruhan kek dgn cream cheese. Simpan dalam peti sejuk sebentar hingga cream cheese keras sedikit.

Keluarkan dan deco lah kek dgn baki cream cheese mengikut creativiti anda.

Cream cheese frosting

125g cream cheese

50g butter tampa garam

110g gula icing - boleh kurangkan

1 cwn fresh cream - pukul hingga kaku

Pukul cream cheese dgn butter sehingga lembut

Turunkan speed mixer kepada kelajuan rendah dan masukkan gula icing sedikit2 sehingga bergaul sempurna.

Campurkan whipped cream yg telah kaku tadi dan gaul dgn spatula

*Adunan cream Cheese Frosting ni agak lembik. Jadi ita tambahkan sedikit creamwell untuk memudahkan mendeco atas kek.

9 comments:

wifemdnavy said...

Memang sedap RV ni kak.. Raya ni order kat k.lina je la.. bole?

lina said...

zira - No...No...NO...baca la citer cam mana nak buat cake ni, sambil buat sambil berborak ngan darwisy...mulut nya tak henti2 bertanya itu ini....Dlm hati takut cake aku ni bantat la pula..duduk melayan dia bercakap mata tengok bahan2....kalau mata kita duduk pandang bahan2 je dia pulak pusing kan kita suh tengok muka dia.

ejaMaria said...

kita suke kek yg panas-panas baru keluar oven... tak yah make-up... terus je ngap... ;p

lina said...

maria - betul tu makan panas2 mmg sedap kan :)

Hawa said...

Kak Ina, akhirnya berjaya jugak...Saya akan menyusul..Nanti nak beli cream cheese dulu...baru la 'gempak'...Pewarna yg cantik beli cap bintang tu akak.. Sy tgk Rai -Sweet Vanilla tu guna pewarna cap ini..Tapi kn buh banyak sket..jgn buh setitik dua je..nanti warna pucat..cer bubuh sesudu ke..mesti cantik..

Ibu n Abah said...

lina..
share arrr... resepinya...
akak pun teringin nak buat....

lina said...

hawa - Husband kak lina cakap sedap cake ni...betul kata blog ita tu husband dia pun kata sedap...warna tu cam tak cantik...Terima kasih awa membantu...


Ibu n Abah - Boleh nnt lina share kan....kita sama2 mencuba :)

Lelord said...

hohohohohooh leh cuba arr pasni

lina said...

lelord - sila kan mmg tak cerewet dah buat nya.

Post a Comment

Would lurve to hear your thoughts on this.Thanks!

Nuffnang