This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

SHEPHERD'S PIE

Assalamulaikum semua, Alhamdulilah dh lama simpan recipe yg telah di cuba oleh Ummi Kuantan. Drp blog nya shepherp's pie ini kelihatan sgt sedap...mmg benar lina makan pie tiga pcs at one go ;) and my daughter alia 2 pcs...sampai tak abis2 memuji sedap nya pie ini. Terima Kasih kak ummi....Sambil makan tak sempat2 nak ambil gambar dah abis dua pcs...:) sgt berbaloi2 kalau tak tahu nak masak apa cuba la pie. Seisi keluarga sukakannya....berkhasiat. Lina buat 1/2 daripada adunan recipe yg kak ummi buat...lepas ini kena buat ikut recipe betul2 mmg tak cukup. Lina tak ada mangkuk ramkin yg kak ummi gunakan tu jadi lina letak dlm bekas aluminum je...ok juga tp tak la cantik...asalkan dapat merasa kan..kan :) mai kita tengok recipe nya apa bahan2 yg di perlukan.. Resepi: Chef Hanieliza @ Buku 1 Hari 1 Resepi Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A (Untuk Inti):- ( lina menggunakan Ayam separuh drp adunan ini)

  • 500 gram daging kisar ( Lina tukar pada Ayam
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cawan kacang panggang (akak xda stok)
  • 8 biji cendawan butang (dibelah 4)
  • 5 biji tomato masak (dipotong dadu)
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
  • 1 pokok daun parsli (dicincang) - lina letak daun parsli kering ( sedap ada bau daun )
  • 1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dgn 1 cwn air
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam - akak letak 1/2 sudu makan biji lada hitam yg dikisar ( lina letak sama mcm kak ummi takut anak2 tak tahan pedas)
  • 1 kiub stok daging ( lina tukar pada kiub ayam 1/2 je)
  • 2 sudu makan minyak masak (akak guna minyak zaitun) ni ikut mcm kak ummi minyak zaitun
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak Inti:-

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak.
  3. Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.
  4. Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
  5. Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api.
Ketepikan. Sediakan bahan untuk membuat pai pula

Bahan B (Untuk Pai):-

  • 1 kilogram kentang (dipotong kecil-kecil) ( 1/2 kilo kentang je lina buat)
  • 1/2 cawan susu segar ( lina letak 1/4 susu segar)
  • 2 sudu makan mentega ( 1 sudu mentega)
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah ( sedikit je lina letak)
  • garam secukup rasa
  • Air untuk merebus kentang secukupnya

Cara Menyediakan Pai:-

  1. Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk/air rebusan kering.
  2. Ketika kentang masih panas-panas, lecek hingga hancur sebati.
  3. Gaulkan dengan susu segar (akak tuangkan susu sedikit-sedikit), serbuk lada sulah dan mentega.
  4. Masukkan adunan kentang ke dalam bekas alluminium kecil (akak letak dulu dalam semua ramkin untuk base kentang ni ).
  5. Masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula (akak letakkan adunan kentang untuk topping ke dalam piping bag dan guna swirl nozzle yg besar sikit, paipkan kat atas daging tu hingga menutupi daging).
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C (akak set oven 190C je) selama 30 minit/hingga bahagian atasnya keperangan.
  7. Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika suam-suam panas gitu..

2 comments:

ummi nor said...

Salam...sedapnya!Dah sihat ke anak2?Mesti dah sihat tu, berselera makan...

lina said...

wslm - alia alhamdulilah dah baik...lepas tu gigi pula kena cabut tiga batang :)

Post a Comment

Would lurve to hear your thoughts on this.Thanks!

Nuffnang