This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Finally my chocolate cake meleleh


Alhamdulillah setelah tiga kali percubaan membuat cake chocolate,kali ini baru memenuhi piawaian rasa lidah saya.....dengan topping meleleh.....jadi kesukaan...credit to my sister ita....

Pesanan buat diri sendiri : Benar  ilmu perlunya ada GURU tidak kisah la ilmu apa tidak cukup sekadar membaca serta berguru dgn pak google sahaje....itulah kesimpulan nya jika tidak tersesat jalan....:)

bahan2 yg diperlukan
Bahan A
1) 250gm butter
2) 3 cawan gula pasir ( boleh kurang kan jika tk nk manis)
 Bahan B
3) 3 cawan tepung naik sendiri
4) 1 cawan cocoa powder
5) 1/4 sudu kecil soda bikarbonat
 Bahan C
6) 4 biji telur gred A
7) 2 cawan air sejuk dlm peti ais

cara2

bahan 1 & 2 di ramas sehingga hancur @pun boleh pukul sehingga gebu, ayak bahan 3,4 & 5 dan gaulkan bagi sebati. lepas tu pecah kan telur dalam bahan A  pecahkan telur sebiji sehingga habis gaul kasi sebati....
 lepas tu boleh masuk tepung selang seli kan dgn air sejuk dlm peti ais sehingga habis...

boleh di kukus selama 1 jam 15 minute...

Topping

1) 1 kotak 125 ml susu perisa coklat
2) coklat masak agak2[
3 Butter satu sudu
4) Susu pekat 1 sudu ( optional)

saya copy drp blog airtanganku 

Senang nak rujuk kembali.....rupa nya ada perbagai cara....  :)

RESIPI 1

300g coklat masakan - potong kecil
200g UHT whipping cream (selalu saya guna jenama Anchor)
1 sudu besar mentega

- Panaskan whipping cream di atas api hingga mendidih sedikit dan matikan api.
- Masukkan coklat atau tuang atas coklat dan kacau hingga sebati. Masukkan pula mentega dan sebatikan.



RESIPI 2 - Dayangjack

100g coklat masakan
125ml susu segar
50g mentega
4 sudu besar madu/gula

- Satukan kesemuanya dan masak dengan kaedah double boil sehingga agak pekat


RESIPI 3 - Kak Nor

300g coklat masak
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar mentega
1/4 cawan air panas (untuk step ke2 nak bagi cair dan meleleh)

- Panaskan susu pekat dan susu cair menggunakan double boiler.
- Masukkan coklat, kacau sebati. Sesudah itu masukkan mentega dan curah 1/2 bahagian atas kek. Simpan dalam 15 - 30 minit.
- Panaskan lebihan coklat dan tambah air panas. Kacau dan curahkan ke atas kek tadi


RESIPI 4 - Buku Panduan Asas Menghias Kek

300g krim putar (whipping cream)
600g coklat masakan - cincang
1/2 cawan sirap glukos/madu
2 sudu kecil mentega

- Panaskan whipping cream sehingga hampir mendidih. Curahkan ke atas coklat dan kacau sebati.
- Masukkan sirap glukos
- Akhir sekali masukkan mentega


RESIPI 5 - Dari buku lama saya

50g serbuk koko
1 sudu besar minyak
1/2 tin susu cair
1/2 tin susu pekat (atau ikut manis yg disukai)

- Campurkan kesemuanya dan panaskan atas api perlahan sambil mengacau hingga sebati dan likat

masak di atas apa perlahan hingga kelihatan pekat..
Sent from my Samsung Galaxy Tab

4 comments:

Bbwana adienia said...

memang menggoda kek coklat dengan topping meleleh tu..yummy!

Adia Luze said...

Assalammualaikum kak ...

Alaaa .. ruginya tak turun bawah semalam ... -_-"

lina said...

Bbwan :)

lina said...

aida next time turun :)

Post a Comment

Would lurve to hear your thoughts on this.Thanks!

Nuffnang