Nasi lemak
Labels: Nasi LemakDec
4
Nasi lemak pagi makan di tiga tmt yg berlainan.....kakak jgn request nasi lemak lg utk esok kita cari menu lain ye.....
Sent from Samsung tablet 1 comments
Pulut kuning & sambal tumis bilis
Labels: PulutDec
1
Dinner....dgn pulut kuning & sambal tumis bilis....
Sent from Samsung tablet 0 comments Posted by lina at 5:13 AM
Ikan Bakar Cara Protugis
Labels: IkanNov
12
![]() |
Ready to eat... |
![]() |
dah di gaul dgn bahan yg sudah di blend.. |
![]() |
setelah di letak kan minyak yg telah di goreng dgn bawang putih... |
Alhamdulillah dpt menikmati ikan bakar yg ringkas dan sgt sedap.....tak caya boleh memcuba kerana mudah, cepat dan sedap makan dgn nasi panas...recipe copy drp ita masam manis drp johor
Ikan Bakar Cara Protugis
Resepi Oleh : Jennifer atau Gertrude
Rujukan : Jom Masak-Masak
Copy from Azlita masam manis
1 ekor ikan siakap6 ulas bawang putih
1/2 cawan minyak masak
3 helai daun limau purut di hiris halus
garam dan gula secukup rasa
Kertas aluminium untuk membungkus ikan
Bahan Kisar
10 tangkai ciili kering ~ rendam dan kisar jadikan 3 sudu cili kisar
2 biji buah keras
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inc lengkuas
Mula-mula kita sediakan dahulu minyak bawang putih.
Ambil 6 ulas bawang putih. Tak perlu buang kulitnya ya, dengan kulit-kulitnya ini kita cuci ia bersih. Kemudian kita ketuk biar dia pecah.
Sementara itu kita panaskan 1/2 cawan minyak dalam kuali.
Kemudian tumiskan bawang putih yang kita dah ketuk tadi
Tumis hingga harum dan bawang putih garing.
Tutup api dan biarkan sejuk
Ikan siakap, kita siang, cuci bersih dan kelar-kelah badannya. Ketepikan.
Kisarkan bawang putih, bawang merah, buah keras, serai, lengkuas dan cili kering.
Gaulkan bahan kisar bersama garam dan gula secukup rasa
Letakkan ikan di atas kertas aluminium
Salutkan dengan bahan kisar hingga rata
Tuangkan minyak bawang putih di atasnya
Taburkan hirisan daun lumau purut
Bungkus ikan kemas
Bakar dalam ketuhar hingga ikan masak dengan sempurna
Boleh juga di bakar dalam magic pan atau atas dapur arang
Bila dah masak bolehlah di hidangkan bersama nasi hangat
lina
Sent from Samsung tablet 0 comments Posted by lina at 5:46 AM
First time my homemade yogurt
Labels: yogurtNov
5
![]() |
Susu tepung sedang di panaskan |
![]() |
Make sure beli streptococcus thermophilus lactobacillus acidophilus |
![]() |
Proses pemerapan jgn di buka sehingga disarankan lina tunggu subuh baru buka |
![]() |
Tara hasil nya....pekat....masuk kan dlm peti sejuk makan dgn buah segar atau apa sahaje dlm masakan |
HOMEMADE YOGURT
1 cawan milk powder
4 cawan air
2 tbsp yogurt
How to prepare:
Masak susu dan air until boiling.
Matikan api dan biarkan sehingga suam dan masukkan yogurt, kacau sedikit tuangkan ke dalam Tupperware.
Tutupkan Tupperware anda rapat dan balut dengan kain selimut sepenuhnya dan biarkan Tupperware yang dibungkus dengan selimut tu untuk 3-4 jam pada suhu bilik atau semalaman di dapo anda lagi baik.
Selepas itu dalam keadaan ini susu tadi akan membeku menjadi yogurt dan bolehlah simpan dalam peti ais dan sedia untuk dihidangkan.
(Note:- nisbah/sukatan untuk 1 cawan milk powder : 4 cawan air. Cari full cream milk untuk hasil yang baik dan jangan buka2 selalu biarkan ianay membeku sendiri, inshaa Allah..)
Tahan daalm seminggu ++ ikut cara pengunaan dan penyimpanan..makin lama yogurt makin masam tak caya test la yg baru dan lama..
Dicatat oleh Lydia Honey
— with
Tester by
--
lina
Sent from Samsung tablet 0 comments Posted by lina at 2:45 PM
Hasil kerja seni kakak
Labels: AliaNov
3
Hasil kerja seni kakak.....
Masa hantar pd cikgu.....reaksi cikgu.....wow....
Alhamdulillah.....
Sent from Samsung tablet
0
comments
Posted by
lina
at
7:00 PM
Sent from Samsung tablet
Chicken ala2 nandos
Labels: ChickenNov
3
Simple dinner.......selamat mlm semua.....
Sent from Samsung tablet 0 comments Posted by lina at 6:23 AM
Chocolate banana cheese puff
Labels: PuffNov
2
Hanya tukar filling kesukaan ada guna kan puff segera brand kawan.....mudahkan....
Tak sampai 1/2 hour settle.....sekarang harga seketul puff rm 4.00 b4 this rm 3.50
Sent from Samsung tablet 2 comments Posted by lina at 3:27 AM
Finally my homemade kepok lekor
Labels: IkanNov
1
Alhamdulillah akhirnya setelah sekian lama teringin nk buat kepok lekor dgn rasa ikan yg byk mengikut selera kt ganu nun.....mudah saje dgn tiga bahan utama ikan, tepung sagu ye kawan2 tepung lain tu kurang sikit.....dan garam secukup rasa....nikmat yg tk dpt didustakan....
Anak2 minum petang kita kepok lekor ganu...sekarang tidur dulu ye....
Sent from Samsung tablet
0
comments
Posted by
lina
at
11:25 PM
Sent from Samsung tablet
Shark fin soup
Labels: SoupOct
14
Makan mlm yg simple tp sedap,mudah dan cepat.....dh beberapa kali menggunakan recipe ini....sesiapa yg belum cuba boleh cuba...berbaloi2...enak di makan begitu shj atau dgn roti...terpulang pd citrasa masing2
Shark Fin Soup
Bahan-bahan:
Isi ketam – sebanyak mana nak letak (hiris memanjang dan sederhana pendek) lina tukar dgn udang segar
Isi ayam – optional (hiriskan kecil-kecil) x letak
Tepung jagung – 4 sudu besar dibancuh dengan 1 cawan air
Tepung ubi kayu (tepung kanji) – 2 sudu besar dibancuh dengan ½ cawan air
Cendawan butang – sebanyak mana suka
Lobak merah – dihiris memanjang, sebanyak mana suka
Kiub pati ayam – 2-3 biji (ikut rasa) 1-1/2 ikut citarasa sendiri
Bawang putih – 5 biji ditumbuk (tak perlu lumat sangat)
Halia – sebesar ibu jari di ketuk
Sos ikan – 2-3 sudu besar ikut rasa
Daun sup –sedikit
Telur – 2 biji (ambil putih sahaja, dan pukul sedikit)
Setengah periuk air (lebih kurang 1 litre)
Cara memasak:
Didihkan air dalam periuk
Selepas mendidih masukkan isi ketam dan ayam (biarkan sehingga ayam masak)
Masukkan bawang putih dan halia (biarkan sekejap)
Masukkan kiub pati ayam – kacau hingga larut
Masukkan cendawan dan lobak merah (biarkan sekejap)
Masukkan bancuhan tepung jagung, kacau dan lihat kepekatan.
Masukkan bancuhan tepung ubi kayu, kacau dan lihat kepekatan.
Jika cukup pekat, masukkan sos ikan. Rasa kuah, Kalau belum cukup masin, tambahkan sos ikan sesudu dua lagi.
Masukkan telur dalam periuk, jangan tuangkan semua sekali terus, masukkan biar bertali dan halus.. buat mcm bulatan dalam periuk. Tak perlu kacau. Tunggu 1 minit. Tutup api.
Tabur daun sup (melayukan sikit masakan ni)
Tips:
1.Sayur boleh tukar kepada sawi dan sebagainya, tapi pastikan bukan kubis atau jenis sayuran yg ada rasa pahit bila di didih terlalu lama.
2.Jika kurang pekat, bancuh lagi tepung jagung dan tambah kedalam kuah
3.Tepung ubi kayu penting utk kekal kan kuah supaya tetap pekat walau dah sejuk. Tepung jagung saja takkan maintain kuah sentiasa pekat bila dah sejuk
4.Boleh juga tukar kepada isi ikan, udang, dan sebagainya mengikut creativity masing-masing.
http://ainiqmy.blogspot.com/2013/01/hello-makcik-makcik-sekalian-today-saya.html
Selamat ber Crab Meat Soup!!
lina
Sent from Samsung tablet 0 comments Posted by lina at 6:06 AM
Salmon grilled & Kentang Putar our favorite
Labels: fishSep
19
Baru ada masa nk update.....kentang putar ala KFC makan dgn ikan salmon....sgt mudah cepat yg penting sedap ye....tak caya cuba buat kerana mmg tk susah.....
RESEPI KENTANG PUTAR
resepi: kak Hana
Bahan :
5 - 6 biji kentang (Guna kentang import Merah, Kuning tu sedap)
2 sudu besar butter
2 sudu besar susu segar
sedikit blackpepper
garam
Cara :
Kupas kulit kentang.
Potong 4 atau 6. Rebus sehingga empuk.
Toskan. Satukan semua bahan dan lenyek hingga lembut dan gebu.
Ketepikan.
RESEPI GRAVY@SOS KENTANG PUTAR
Source : daunpandan @myr
Bahan :
2-3 cawan air
1kuib stok ayam (sy guna brand Maggi)
1 biji bawang besar – cincang (ni agak2 la ye)
1 batang saderi – cincang ( Ni tak letak pun tak apa)
2 sudu mentega (lebih kurang)
2 sudu tepung gandum- bancuh dgn
sedikit air
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
kicap pekat
Cara :
Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga
mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
Masukkan semula air rebusan ke dalam periuk. Masukkan butter, sos
tomato, kicap (bergantung kehitaman yang dikendaki) dan sos tiram. Kacau
sebati.Kemudian masukkan blackpepper.
Masukkan garam jika perlu.NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam
dan sos tiram dah masin.
Kecilkan api, bancuh tepung dengan sedikit air, kemudian tapis utk
mengelakkan berketul2. Masukkan ke dalam periuk sos tadi dan kacau perlahan.
Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
Curahkan ke atas kentang putar.
Sent from Samsung tablet 0 comments Posted by lina at 9:02 PM
Sambal hitam pahang
Labels: SambalSep
19
Alhamdulillah akhir nya berjaya memcuba membuat sendiri sambal hitam pahang...recipe saya ambil drp blog kak madiha.....terima kasih terbaik.....gambar kurang memuaskan dh malam ambil ala kadar....
Sambal Hitam Pahang
Resepi : Mertua MaDiHaA
Sumber : MaDiHaA
Bahan2
½ cawan belimbing buluh rebus [rujuk resepi
cara2 merebus]
½ cawan cili padi (ikut kepedasan masing2)
2 cawan ikan bilis yang telah dikopek
6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas
dihiris nipis]
5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa
garam & gula secukup rasa
1 cawan minyak masak
Cara2 Menyediakan
1. Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh.
Kuantiti belimbing buluh terpulang masing2. Belimbing rebus ni boleh
disimpan dalam peti sejuk sebagai stok. Jadi bolehlah rebus banyak2 &
simpan stok. MaDiHaA buat banyak juga rasanya lebih dari 1/2 kg belimbing
buluh segar. Belimbing hendaklah dicuci bersih. Masukkan ke dalam
periuk TANPA AIR dan renih dengan menggunakan api yang kecil. Biar
sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut. Selang
seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit. Biarkan
sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang kecil
sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap.
PESANAN: jika nak guna untuk buat sekali je sambal
ni.. memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar
warna coklat saja. Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering &
gelap adalah untuk tujuan simpanan.
PESANAN KEDUA: Sila guna periuk yang buruk2 je
untuk rebus belimbing sebab belimbing punya asid yang kuat & boleh jadikan
periuk bertukar jd kusam. MaDiHaA guna periuk nasi yang dah tak guna (yg ibu
periuknya dah rosak.. hehe). Kalau kat kampong biasanya dorang guna tin minyak
masak yg empat segi tu untuk rebus belimbing ni..
2. Tumbuk cili padi sehingga halus.
Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis)
Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat. Tumbuk belimbing
buluh juga separa lumat.
3. Panaskan minyak masak dalam kuali.
Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi. Masukkan bahan2 tumbuk
sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering
& garing (agak lama juga). Tambahkan kicap manis, garam & gula
secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding gitu).
Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit
supaya minyak tos sebelum dihidang. Atau boleh juga angkat dan sejatkan
sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau
ketupat pulut.
4. Sambal ini boleh disimpan lama & boleh buat
banyak2 untuk simpan stok. Boleh dihidang dengan apa saja juadah
yang rasa sesuai dihati anda... Sedap yang teramattttt!!!
Sent from Samsung tablet 0 comments Posted by lina at 8:24 PM
Laksam kelantan
Labels: LaksamSep
17
Enak sungguh laksam di makan bersama serunding daging dan ada telur puyuh..tp ni tak ada stock makan dgn telur ayam.....ttp sedap..sumber drp Azie Kitchen mmg tepat dgn tips sgt puas hati....kali ni terasa sgt mudah ukt menyediakannya....telah beberapa kali mencuba menggunakan recipe drp kak Azie....Terima kasih Puan!....
Laksam
3 cawan
tepung beras
1/2 cawan
tepung gandum
5 cawan
air suam (3 cawan air mendidih + 2 cawan air biasa)
1/2 sk
garam
Satukan
semua bahan dan kacau rata. Masukkan di dalam jug untuk memudahkan di tuang ke
dalam bekas.
Panaskan
pengukus sehingga mendidih. Letakkan tudung periuk atau apa apa bekas yang
leper ke dalam pengukus dan sapukan minyak.
Kacau supaya adunan tidak
mendap dan tuangkan setengah dari tudung periuk dan tutup tudung
pengukus dalam 5-10 minit sehingga adunan menjadi menggelembung seperti gambar
di bawah
Angkat dan dengan
menggunakan pisau atau garpu, balik sambil digulung gulung dengan menolak
perlahan lahan ke tepi.
Terus menggulung dan menolak
sehingga ke penghujung tudung periuk dan terus golekkan ke dalam bekas supaya
kita tidak menyentuh dengan tangan.
Sapu minyak pada bekas tadi
dengan tak perlu dibasuh. Masukkan ke dalam pengukus dan ulang proses yang sama
sehingga selesai.
Satu adunan dapat
menghasilkan 8 gulung laksam. Bila
hendak dimakan, gunting
laksam ini nipis nipis.
Untuk menghidangkan,
masukkan laksam yang dipotong nipis ke dalam pinggan, tuangkan kuah laksam
secukupnya, masukkan ulam ulaman serta sambal cili. Sedia untuk dinikmati.
Sent from Samsung tablet 0 comments Posted by lina at 5:53 PM
Subscribe to:
Posts (Atom)