This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Salmon grilled & Kentang Putar our favorite



Baru ada masa nk update.....kentang putar ala KFC makan dgn ikan salmon....sgt mudah cepat yg penting sedap ye....tak caya cuba buat kerana mmg tk susah.....




RESEPI KENTANG PUTAR
resepi: kak Hana

Bahan :
5 - 6 biji kentang (Guna kentang import Merah, Kuning tu sedap)
2 sudu besar butter
2 sudu besar susu segar
sedikit blackpepper
garam

Cara :
Kupas kulit kentang. 
Potong 4 atau 6. Rebus sehingga empuk. 
Toskan. Satukan semua bahan dan lenyek hingga lembut dan gebu. 
Ketepikan.




RESEPI GRAVY@SOS KENTANG PUTAR
Source : daunpandan @myr


Bahan :
2-3 cawan air
1kuib stok ayam (sy guna brand Maggi)
1 biji bawang besar – cincang (ni agak2 la ye)
1 batang saderi – cincang ( Ni tak letak pun tak apa)
2 sudu mentega (lebih kurang)
2 sudu  tepung gandum- bancuh dgn sedikit air
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
kicap pekat


Cara :
Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
Masukkan semula air rebusan ke dalam periuk. Masukkan butter, sos tomato, kicap (bergantung kehitaman yang dikendaki) dan sos tiram. Kacau sebati.Kemudian masukkan blackpepper.

Masukkan garam jika perlu.NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.
Kecilkan api, bancuh tepung dengan sedikit air, kemudian tapis utk mengelakkan berketul2. Masukkan ke dalam periuk sos tadi dan kacau perlahan. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
Curahkan ke atas kentang putar.


Sent from Samsung tablet

No comments:

Post a Comment

Would lurve to hear your thoughts on this.Thanks!

Nuffnang