This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Laksam

Hari ini sepatutnya kita nak buat potluck, memandangkan dah tak ada orang. Ariff pulak his wife not well...so tinggal kami bertiga di office. Dah tak ada siapa2 di office baik makan kat umah jer . Maka lunch hari ini di rumah lina la. Laksam ni ada la percubaan pertama. Alhamdulilah mereka berdua sgt happy with my dish today.
Nugget di bawa oleh ciare
Kek yang sedap ini dibawa oleh Cik Yani dan akan meninggal kami buat selama2 nya. Yani akan balik kuching Sarawak dan akan mula bekerja di sarawak....Dah hilang satu lagi kawan..huhuh...apa2 kena settle kan kerja seorang2 adeh.... Ni la hasil laksam yg di buat pukul 2.00am ...Alahmdulilah walaupun first time buat menjadi juga akhir nye..hilang penat Ni la rupa laksam...lembut tau!......tak rugi cuba recipe ni. Sgt berbaloi2 Ni bahan2 ulam-ulaman dan ada telur puyuh kalau ada serunding daging lagi power..macam makan kat kedai kat kelantan...tp tak ingat apa nama kedai makan tu..mmg sedap..... Recipe ni dapat drp google rumah ku.Terima kasih banyak2 recipe ni sedap boleh buat guna recipe ni lagi lain kali
Bahan-bahan ( 2-3 orang )
  • >> Laksam :
  • 3cwn tpg beras
  • 1/2 cwn tpg gandum
  • 4cwn air suam (air letak lebih kurang 2 cawan lebih. rasa nya ia bergantung kepada jenis cawan yg digunakan)
  • >>bahan kuah: ( lina letak sedikit daun kesum bau mmg sgt wangi )
  • Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
  • Sdkt halia
  • Sdkt bwg putih
  • Sdkt bwg merah/besar
  • Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
  • Santan
  • Asam keping
  • Sdkt garam
  • Sedikit gula merah/gula
  • >> Bahan ulam:
  • timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus), x letak taugeh
  • >>Sambal Belacan: (Ni lina tak buat dh kepenatan cili tumbuk jer makan dgn laksam)
  • cili merah
  • belacan
  • garam
  • limau

Cara-cara

  1. Cara buat laksam: Panaskan kukus. Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Letak tudung periuk dlm kukus & ambil sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk (jgn terlalu tebal). Kukus sampai masak.
  2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
  3. Untuk kuah: Kisar isi ikan & tapis ke dlm periuk. Kemudian, kisar halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
  4. Untuk sambal belacan: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau.
Selamat Mencuba!!!!!!!!

4 comments:

ciare (^_^)v said...

SEDAPNYAAAAA...tq kak ina masakkan utk kitorg :D

lina said...

sama2 happy sbb korang suke...

Nor moscow said...

resepi cam sama dgn selalu saya buat..tapi biasanya saya buat 1 paket tepung beras..1/2 cawan tepung gandum..5 cawan air..,
sedap kan laksam ni..!

lina said...

Nor ooo ya tp mmg sedap....tp nak buat lagi tepung tu tak tahu la :)

Post a Comment

Would lurve to hear your thoughts on this.Thanks!

Nuffnang