This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Raspberry Cheese Cake

Assalamualaikum Semua dan selamat pagi, Ni la cheese cake yg dh siap di hias...tp tak cute sgt...main hantam jer....Alia tengok dah merajuk minta di potong cake ni....sian dia....next time ye..sbb umi nak bawa office. Terima kasih Hana....share recipe...ni.... mmg best.
Bila letak buah ada air...pulak cake dh comot.... Ni la bahan yg diguna semasa membuat cheese cake ni.....

Bahan-bahan Bahan-bahan A: 250 gm biskut mudah hadam –

125 gm Better tanpa garam - Bahan-bahan B: 200 ml krim putar(whipping cream) - lina campur yogurt 250 gm krim keju 165 gm gula kastor – lina letak 150g 1 sudu besar jus lemon Bahan-bahan C: 15 gm gelatin halal 100ml air - campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 minit (lina gune air panas, kacau dan sejukkan) Bahan-bahan D 1 pack strawberry – x letak. Topping: 150 ml jus strawberry - lina gune jem raspberry jerk 1 sudu besar tepung jagung - x ltk Cara-cara

  1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 8 inci.
  2. Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.
  3. Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
  4. Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
  5. Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
  6. Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
  7. Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan 1/3 adunan krim cheese td keatas adunan biskut.Ratakan dan letakkan buah strawberry.Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 3 jam. (hana dan k.zai cume masukkan 2jam jerk sbb dh keras)
  8. Buat topping dgn mencampurkan jus strawberry dan tpg jagung.Masak atas api yg kecil.Apabila telah mendidih,tutup api. - utk topping lina letak jem raspberry jerSimpan balik dlm peti sejuk….sedia dihidangkan

5 comments:

hazawahida said...

Ya Allah sedappppppnyeeee

lina said...

haza- kita dah jauh...kalu dekat boleh jer bagi.

Anonymous said...

[Nemo] - Rasberry cheese cake dibawa ke office masa open house di kastam kelana jaya..habis licin dimakan..tp :( sbb time tue datang lambat, x sempat merasa makan this cake...nampak dr luar dah tahu sangat sedap..he he he

Anonymous said...

[Nemo]: Kek nie dibawa masa open house di Kastam.he he he..abis licin dimakan..so sad :(, masa nie saya datang lewat, x sempat merasa this kek..but this kek is marvealous coz licin dimakan during that open house,

Aida Tamrim said...

MEsti sedap giler ni..Aishhh..terliur dah ni...Nyummmm!!

Post a Comment

Would lurve to hear your thoughts on this.Thanks!

Nuffnang