This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Sosej Blossom Bun

Seronok alia tengok roti ada mcm ni...kata nyer cantik bunga ni...tp tak la cantik sgt pun....Ni percubaan pertama buat letak sosej blossom ni ..setelah tengok ramai kawan blog yg lain dh cuba tp lina punya tak cantik sgt....kosong jer sbb alia tak suka terlalu byk letak bahan2 kat atas roti tu..
Ukt kita orang punya kosong jer.....mai tengok bahan2 nyer....recipe ni cam biasa kat blog cik mat gebu nun.....Terima kasih yerk mat share recipe dan cara2 nak buat sekali....
BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus10 g susu tepung (boleh letak jer susu tepung apa pun ")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g mentega
125 ml air suam ( lina guna ais sejuk dlm peti ais kata guru utk membuat kan roti lebih lembut dan air jgn letak semua , masukan sedikit2 nnt takut terlembik pulak ye kawan)
10 batang sosej "Ayamas", celur sekejap, tos dan
sejukkanMayonnaise secukupnyaSos cili/sos tomato, secukupnyaMix vege secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-) 1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2). 2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu). Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian (seperti dalam gambar). 3. Kemudian, bentukkan seperti dalam gambar dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir ditolak ketengah2 bahagian membentuk sebagai tampuk bunga. Tekan sedikit biar kelihatan kemas. Alih alam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit. 4. Sapu dengan baki telur tadi (30 gram) rata2. Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....

6 comments:

izahdaut said...

cantik la yg munge munge tu..yg gulung pun cantik..saya bab nak deco roti ni tak pandai ler...tangan keras kejung..hehe

Yatie said...

Salam Lina,
Cantik dan gebu rotimu itew....suka akak tngk...puashati kan bila buat sendiri...yg paling best anak2 teruja dan tak sabar nak makn tuuuu....

lina said...

izan - tu la alia org pertama terkejut tengok bunga kat roti...terus cakap nak bawa sekolah :)

yatie - teruja tengok roti yatie...husband pun sama terkejut tengok roti tu berbunga2 :) seronok kan ...ada perubahan dlm roti nyer bentuk :)

Nieza said...

salam kak lina, wah angin meroti dh sampai sini...bagus2..btw lawa dh tu roti akak tu...gebus tu...bestkan bila dpt buat sendiri satu kepuasan tu yg nk meroti selalu jer...hehe

Hawa said...

Sedapnya Kak Ina...I like it.. Wajib dicuba untuk santapan anak2 dan Cik Abang Sayang,...

AdiaLuze said...

Rajin la akak ni buat roti...kagum,kagum... :D

Post a Comment

Would lurve to hear your thoughts on this.Thanks!

Nuffnang