This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Labu Kegemaran Rasulullah s.a.w....

Tahu kah kita LABU Labu adalah makanan kegemaran Rasulullah SAW. Sesiapa yang cintakan Rasulullah, kenalah sukakan makanan kegemaran Rasulullah. Tidak boleh benci atau tidak suka. Itulah tanda kasih..tanda cinta pada Rasulullah. Seorang Sahabat Ranhu tidak sukakan labu tetapi apabila beliau melihat Rasulullah tercari-cari labu dalam masakan berlabu yang dihidangkan pada mereka, beliau terus menjadikan labu makanan kesukaannya dan selalu memakan masakan labu selepas itu. Maksud hadith, barangsiapa cintakan Rasulullah SAW hendaklah dia mengamalkan sunnah Rasulullah SAW. Barangsiapa yang cinta dan beramal dengan sunnah Rasulullah SAW makan dia akan bersama dengan Rasulullah SAW di dalam syurga. Saya sangt tertarik hati....selama ini kita memakan sayur labu tetapi tidak TAHU LABU ini makanan Kegemaran Rasulullah s.a.w dan ada terdapat dalam Kitab Syama`il Muhammadiyah karangan Imam at-Tirmidhi RahimahuLlah Ini buka rekaan @pun bidaah....ya kawan.....kalau nak kepastian sila rujuk Kitab Syama`il Muhammadiyah karangan Imam at-Tirmidhi RahimahuLlah Duhai anak2 ku Alia dan Darwisy mulai drp saat ini sayur labu WAJIB menjadi hidangan makanan kita....Insya ALLAH ummi akan buat cookie labu.....ingat la tak recipe cookies LABU..... Bila ada kesempatan/ kelapangan Insya ALLAH

9 comments:

AdiaLuze said...

Ooo... Saya baru tau kak... Mekasih atas info.. Lps ni nak blaja la buat makanan berasaskan Labulah... ;D

lina said...

Aida - tak apa sama kita belajar :)

wifenavy said...

lepas ni kena pelbagaikan resepi labu... dari jd lauk sampai la desert

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Maafkan Kak G ya. Tapi Kak G ingin lanjutkan sedikit bicara isu Sunnah.
Rasulullah SAW tidak suka bawang. Tapi kebanyakan Umah suka bawang!
Baginda berkahwin lebih dari satu kerana Allah; ramai lelaki berpoligami kerana nafsu!
Kak G hanya ingin memberi pendapat beberapa Ulama: Yang dimaksudkan dengan mengikut sunnah Nabi itu tidak semestinya 100% segala perbuatan Rasulullah SAW. Tapi lebih bermaksud kepada segala amalan baik yang jelas & nyata mempunyai kebaikan, terutamanya dari segi rohaniah & kesihatan, sejajar dengan seruan Illahi.

ICA said...

Lina - how are you? i baru bukak computer balik. Hope you and your family are in good health, insyaAllah. Take care...:))

6ky Angel said...

yani ada baca kt buku.. LABU elok utk makanan bayi.. tp. nenek, mak, atuk semua ckp-->ANGIN..

so.. x tau la.. elok ke idak sebenarnya

lina said...

Yani - Org melayu sgt byk MITOSnya...Insya Allah, kak ina sgt yakin PASTI TERBAIK drp yg baik2. Tambahan pula ada dalam kitab dan kitab tersebut bukan orang sebarangan yg menulisnya..Org2 yg sgt tinggi ilmunya.....sbb tu kita kena mengenal siapa rasulullah terlebih dahulu baru kita tahu akan kebenaran.

Taste Of Tapah said...

nak tanya.. labu yang dimaksudkan dalam kitab tu, labu oren tu atau labu air.. sebab ada juga yang kata labu air... wallahu'alam

lina said...

Taste of Tapah - Mengikut apa yg telah disanad kan oleh guru kami dlm kitab tersebut ialah labu oren. Kami melihat sendiri guru kami menyuapkan kemulut nya.

Post a Comment

Would lurve to hear your thoughts on this.Thanks!

Nuffnang