This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Polka Dot Lagi

Polka dot....mmg ramai peminat nya...comel sgt2...kanak2 pun suka...makan pun sedap... Cake ni boleh menghasil kan dua cake....jd lina buat separuh di kukus dan separuh lagi dibakar...rasa dh tentu berbeza...tp dua2 sedap...yg ni lina letakkan filling nutella....sgt sedap.... Ni balance yg dibakar dlm bekas muffin dan hasil yg telah dikukus....tak cantik sbb tak letak penuh isi nya....next time buat kena letak penuh2 baru cantik....

Recipe lina ambil drp AWA Terima kasih awa share recipe yg mudah,cepat dan sedap ini. Recipe from hawa

Bahan-bahan :

200 gm tepung gandum

200 gm gula halus

100 gm butter

4 biji telur

1 sudu teh baking powder

1 sudu teh ovalette

60 ml air

1 sudu kecil esen vanilla

Cara:

Putar telur,gula dan ovalette hingga gebu..

masukkan tepung yg diayak dgn baking powder,air dan esen vanilla.

putar lagi

kemudian tambah butter yg telah dicairkan

putar hingga sebati..

blh buat beberapa kaler jika mahu..

kukus selama 1 jam..

4 comments:

Ibu n Abah said...

lina..
dah lama akak tak masak kek... nampak gambar kek lina ni, teruja sungguh. kek baru masak..hmmmm mmg sedapppp....
balik nanti nak cuba buat juga...

lina said...

Ibu n Abah - tu la mmg dh lama...sgt tak memasak ni...cuba la mmg sedap. Kurang kan gula kalau tak nak manis sgt ...letak separuh pun ok. tp lina letak gula 3/4 cawan je.

shidafzan said...

wahhh nampak sedap kek tu.. nak kena coba jugak nih :D

lina said...

shida - mmg kena cuba...budak2 mmg suka....ajak dia buat sekali...mesti lagi teruja anak2 ni

Post a Comment

Would lurve to hear your thoughts on this.Thanks!

Nuffnang