This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Ayam Palembang

Assalamulaikum dan selamat berbuka puasa dihujung minggu ini. alhamdulilah hari ini kita dah masuk hari 13 Ramadhan....Terasa cepat masa berlalu....Ramadhan mahu meninggal kan kita semua.....terasa sedih kan....Apa menu kalian hari ini....ptg ini kita berbuka dengan ayam masak Palembang yg sudah lama tak dimasak.... kertas recipe drp kawan yg bernama julia..Terima Kasih julia recipe ni dah jd kemestian....mmg sedap...kalau sesiapa tak suka bekari tu ini adalah menu yg sgt sesuai....sbb mmg tak muak utk dimakan. Sekarang lina salin disini supaya senang buat rujukan...tambah2 utk anak tercinta suatu hari nnt boleh cuba memasak sendiri..
Dah lama tak masak menu berasaskan ayam menjadi kegemaran seisi keluarga. Memandangkan dh lama tak masak ada yg request...masak nya pun tak cerewet. Makan mmg rasa tak muak...look like rendang...tp bukan kalau nak berkuah tambah kan sedikit air.
Lauk ni juga sesuai makan bersama nasi minyak atau apa2 jenis nasi...yg di tumis. Lauk ini juga sering kali dimasak jika ada tetamu datang....
Anak2 umii dan keluarga sgt suka kan masak AYAM Palembang ini
Bahan yg diperlukan
1 ekor ayam
2 PAKET rempah kari
2 senduk nasi Cili kering kisar
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 batang Serai
4/5 Bawang merah dan putih di mayang
5-7 Btg daun Kari
1 btg kayu manis
1 canca kecil helba
1/2 halia
(diketuk)
1/2 lengkuas (diketuk)
kicap manis secukupnya
air asam jawa sekukupnya
1 Sudu besarKerisik
Bawang Besa dimasang utk hiasan
Cili Besar utk hiasan
Cara2
1) Goreng ayam separuh masak
2) Tumis bawang kecil, merah, helba, serai, daun kari, halia, lengkuas kulit kayu manis, daun kari serta serbuk kari (dibancuh dengan air)
3) Dah naik bau masukkan cili kering kacau sehingga cili masak
4)masuk kan air asam jawa ( Agak2 ya)
5) gaulkan dan masukkan ayam, bawang utk hiasan dan cili besar, masuk kan kicap (agak2 ya jgn terlau byk )
6) kalau nak basah masukkan sedikit air
7) masukkan kerisik dan kacau
8)masukkan garam kalau kurang rasa masin
selesai...dah boleh dihidangkan.

4 comments:

shidafzan said...

wahhhh best btol nih.. banyak gak barang2 nya tu.. :D

ICA said...

Lina.....rajinnya kawanku sorang ni....ica lepas balik rumh ja terus pengsan...tak sempat nak masak langsung...tu yg terliur je bila tengok ayam palembang tu...yummy....nya.

lina said...

shida - :)

ica - tak rajin mana ica sbb dh lama sgt tak masak lauk ni...gambar tu pun cepat2 ambil...anak kecil ni semua kena pantas pegerakan kita kan...

hani@debumelukut said...

tadi akak cuba resipi ni...sedap! tq..wahai org2 yg singgah di sini, cuba lah buat ni...tak rugi, mesti licin punyer.

Post a Comment

Would lurve to hear your thoughts on this.Thanks!

Nuffnang