This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Qasidah Shalawat Badr

Assalamualaikum semua, Peingatan untuk diri dan anak2 yg ummi kasihi....hayati la bait qasidah Shalawat Badr ini...sgt menyentuh hati....kepada yg baru nak mengenal qasidah cuba2 la hayati...kemanisannya hanya diri anda sahaje yg mengetahui nya. Selamat beramal....

Qasidah Shalawat Badr; teks arab dan terjemahannya : صَـلا َةُ اللهِ سَـلا َمُ اللهِ عَـلَى طـهَ رَسُـوْلِ اللهِ صَـلا َةُ اللهِ سَـلا َمُ اللهِ عَـلَى يـس حَبِيْـبِ اللهِ

Limpahan Selawat ALLAH, Limpahan Salam Sejahtera ...dari ALLAH kepada Thaha (Muhammad صلى الله عليه وسلم) RasuliLlah Utusan ALLAH سبحانه وتعالى, Limpahan Selawat ALLAH dan Limpahan Salam Sejahtera dari ALLAH kepada Yasin (Muhammad صلى الله عليه وسلم) RasuliLlah Kekasih ALLAH سبحانه وتعالى... تَوَسَّـلْنَا بِـبِـسْـمِ اللّهِ وَبِالْـهَادِى رَسُـوْلِ اللهِ وَكُــلِّ مُجَـاهِـدٍ لِلّهِ بِاَهْـلِ الْبَـدْرِ يـَااَللهُ

Kami bertawassul dengan بسم الله dan dengan Sang Penyampai Hidayah, RasuliLlah صلى الله عليه وسلم, dan demi semua para Mujahid di jalan ALLAH, Demi Ahlul Badr wahai ALLAH... اِلهِـى سَـلِّـمِ اْلأ ُمـَّة مِـنَ اْلافـَاتِ وَالنِّـقْـمَةَ وَمِنْ هَـمٍ وَمِنْ غُـمَّـةٍ بِأَهلِ الْبَـدْرِ يـَا اَللهُ

Wahai Tuhanku, Selamatkanlah Ummat dari kejahatan dan KemurkaanMU, dan dari kegundahan serta kesusahan, demi Ahlul Badr wahai ALLAH... اِلهِى نَجِّـنَا وَاكْـشِـفْ جَـمِيْعَ أَذِيـَّةٍ وَاصْرِفْ مَـكَائـدَ الْعِـدَا وَالْطُـفْ بِأَهْـلِ الْبَـدْرِ يـَاأَللهُ

Wahai Tuhanku, Selamatkanlah kami dan Tolonglah kami dari segala gangguan dan Singkirkanlah siasat² musuh dan Berlemah-lembutlah kepada kami, demi Ahlul Badr wahai ALLAH... إِلهِـى نَـفِّـسِ الْـكُـرَبَا مِنَ الْعَـاصِيْـنَ وَالْعَطْـبَا وَكُـلِّ بـَلِـيَّـةٍ وَوَبـَا بِأَهْـلِ الْبَـدْرِ يـَاأَللهُ

Wahai ALLAH, Singkirkanlah bencana² dari para pendosa dan kebinasaan dan segala musibah dan wabah penyakit, demi Ahlul Badr wahai ALLAH... فَكَــمْ مِنْ رَحْمَةٍ حَصَلَتْ وَكَــمْ مِنْ ذِلَّـةٍ فَصَلَتْ وَكَـمْ مِنْ نِعْمـَةٍ وَصَلَـتْ بِأَهْـلِ الْبَـدْرِ يـَاأَللهُ

Betapa banyak nya Rahmat yang telah Tercurah dan betapa banyak nya kesulitan yang telah Tersingkir dan betapa banyak keni`matan yang sampai, demi Ahlul Badr wahai ALLAH... وكَـمْ اَغْـنَيْتَ ذَالْعُـمْرِ وَكَـمْ اَوْلَيْـتَ ذَاالْفَـقْـرِ وَكَـمْ عَافَـيـْتَ ذِاالْـوِذْرِ بِأَهْـلِ الْبَـدْرِ يـَاأَللهُ

Betapa banyak nya Engkau Cukupkan usia² (dengan Hidayah) dan betapa banyak nya Engkau Santuni orang² faqir (dengan Kemuliaan dan Pengampunan) dan betapa banyak nya Engkau Sembuhkan orang yang sakit (dengan tawassul dan keberkahan), demi Ahlul Badr wahai ALLAH... لَـقَدْ ضَاقَتْ عَلَى الْقَـلْـبِ جَمِـيْعُ اْلاَرْضِ مَعْ رَحْبِ فَانْـجِ مِنَ الْبَلاَ الصَّعْـبِ بِا َهْـلِ الْبَـدْ رِ يـَا اَللهُ

Sungguh telah tersempitkan hati sanubari para penduduk bumi, maka selamatkanlah musibah dan kesulitan, demi Ahlul Badr wahai ALLAH... أَتَيْـنَا طَـالِـبِى الرِّفْـقِ وَجُـلِّ الْخَـيْرِ وَالسَّـعْدِ فَوَسِّـعْ مِنْحَـةَ اْلاَيـْدِىْ بِأَهْـلِ الْبَـدْرِ يـَاأَللهُ

Kami datang mengemis Kasih Sayang dan Munculkanlah Kebaikan dan Kebahagiaan, maka Luaskanlah Anugerah dikedua tangan kami, demi Ahlul Badr wahai ALLAH... فَـلاَ تَرْدُدْ مَـعَ الْخَـيـْبَةْ بَلِ اجْعَلْـنَاعَلَى الطَّيْبـَةْ اَيـَا ذَاالْعِـزِّ وَالْهَـيـْبَةْ بِأَهْـلِ الْبَـدْرِ يـَاأَللهُ

Maka janganlah Engkau Tolak (wahai ALLAH سبحانه وتعالى) hingga membawa kekecewaan dan Jadikanlah kami selalu dalam Kebaikan dan Dilimpahi Kehormatan dan Kewibawaan, demi Ahlul Badr wahai ALLAH... وَ إِنْ تَرْدُدْ فَـمَنْ نَأْتـِىْ بِـنَيـْلِ جَمِيـْعِ حَاجَاتِى اَيـَا جَـالِى الْمُـلِـمـَّاتِ بِأَهْـلِ الْبَـدْرِ يـَاأَللهُ

Jika Engkau Menolak (wahai ALLAH سبحانه وتعالى) maka pada siapa kami meminta untuk mendapatkan semua hajat² kami dan tersingkir segala kesedihan, demi Ahlul Badr wahai ALLAH... اِلهِـى اغْفِـرِ وَاَكْرِمْنَـا بِـنَيـْلِ مـَطَالِبٍ مِنَّا وَدَفْـعِ مَسَـاءَةٍ عَـنَّا بِأَهْـلِ الْبَـدْرِ يـَاأَللهُ

Wahai Tuhanku, Ampunilah dan Muliakanlah kami dengan mendapatkan apa² yang kami minta dan terhindar nya keburukan dari kami, demi Ahlul Badr wahai ALLAH... اِلهِـى اَنـْتَ ذُوْ لُطْـفٍ وَذُوْ فَـضْلٍ وَذُوْ عَطْـفٍ وَكَـمْ مِنْ كُـرْبـَةٍ تَنـْفِىْ بِأَهْـلِ الْبَـدْرِ يـَاأَللهُ

Wahai Tuhanku, Engkau Pemilik Kasih Sayang, Pemilik segala Anugerah dan Pemilik segala Kelembutan dan betapa banyak nya kesusahan yang sirna, demi Ahlul Badr wahai ALLAH... وَصَلِّ عَـلَى النـَّبِىِّ الْبَـرِّ بـِلاَ عَـدٍّ وَلاَ حَـصْـرِ وَالِ سَـادَةٍ غُــــرِّ بِأَهْـلِ الْبَـدْرِ يـَاأَللهُ

Dan Limpahan Selawat semoga Tercurah pada Nabi yang Mulia, tiada hitung dan tiada terbatas, beserta keluarga Beliau para Pembesar yang Bercahaya, demi Ahlul Badr wahai ALLAH.

Note ; Qasidah ini lina ambil drp wall FB seorang sahabat alam maya yg sgt lina kasihi walaupun saudari Mastura jauh di mata tetapi terasa dekat dihati...Semoga beliau sentiasa dalam Redha ALLAH serta merahmati dirinya.

6 comments:

Anonymous said...

pertama kali kesini kerana tertarek dengan tajuk post ini. teramat kecil tulisannya dan crowded. mungkin presentation ubah line by line akan memudahkan bacaan. sekadar memberi saranan.

lina said...

Terima kasih...anonymous..sudah di ubah tp still kelihatan kecil crowded...Insya ALLAH cuba di perbaiki lagi.

Anonymous said...

Syukran. Semuga sama-sama dapat manfaatnya.

AdiaLuze said...

Terima kasih diatas perkongsian yg sungguh bermakan ini :)

Nurul la.. siapa lagi said...

Thanks!
Anyway, do read my blog, esp at the last paragraph - http://garlicandbutter.blogspot.com/

dhiera said...

Indah sekali~

salam perkenalan

Post a Comment

Would lurve to hear your thoughts on this.Thanks!

Nuffnang