This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

KEK PISANG MARBLE SUSU

Kek pisang marble susu...
tak perlu cerita banyak mmg kek pisang yg terbaik yg pernah lina cuba...nak buat pun sgt mudah. Terima kasih Ita Johor masam Manis....seindah nama blog nya. Pi la selongkar blog beliau mmg tak rugi padat dengan ilmu masakan yg cukup bagus dan hebat. Nak simpan recipe ni...next time boleh buat lagi :)

KEK PISANG MARBLE SUSU

Copy from Ita Masam Manis by: Ros Jintanmanis 2 cawan tepung gandum 1 cawan gula 1/2 cawan minyak masak 1/2 cawan susu segar 4 biji pisang yang ranum 1 sudu kecil baking powder 1/2 sudu kecil soda bikarbonat secubit garam sedikit esen vanila - ita letak esen pisang 3 biji telur sedikit coklat emulco ataupun serbuk koko * Untuk pisang ita guna 5-6 biji pisang emas. Kalu guna pisang yg agak besar cukuplah 4 biji.

Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat Selepas itu, lenyek pisang dan campur sedikit dengan garam, ketepikan Kemudian, pukul telur bersama gula hingga kembang. Setelah adunan telur sudah kembang, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi bersama minyak masak, kacau sebati Selepas itu masukan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanila Kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu. Ambil kira-kira 2 senduk adunan kek, dan campurkan dengan coklat emulco atau serbuk koko, kacau sebati dan ketepikan. Curah baki adunan kek pisang di dalam acuan bulat 8 inc Loyang tu sapu buter dulu dan alas dasar loyang degn kertas baking Kalau nak tabur tepung pun boleh tapi hgn lupa ketuk2 loyang dan buang baki tepung tu. Ita guna acuan silicon anggaran 8inc Kemudian curah pula adunan coklat, lorekkan perlahan dengan menggunakan garpu Bakar kek pada suhu 170 darjah celcius selama 60 minit, Setelah siap di bakar, sejukkan atas redai

8 comments:

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Maaf kerana lewat berkunjung balas ya.
Hmmm. Elok la buat bila suka, selagi terdaya & ada yang turut suka. :)

hani@debumelukut said...

kenapa akak buat tak jadi berurat2 hitam macam org lain buat? Silap guna pisang ke silap tukang masak tak pandai?

ummi nor said...

WAH! NGANCAM...LAPAR PULAK TENGOK KEK NI MALAM2 GINI...BOLEHLAH TRY NANTI...CEDUK RESEPI YE...

lina said...

wslm DD fauziah - tak mengapa.


Hani - belang2 tu lina letak coklat diselang selikan dengan pewarna coklat


ummi nor - sila la buat mmg berbaloi :)

cikgu isza said...

salam,
saya mmg jeles tgok orang buat kek pelbagai ni..

sasha rahmat said...

lsalam lina..cake ni mmg sedap..lembut jer..pastu mmg x bole simpan lama...sure abiss:)) cha dh prnh buat tp lum post krn buat kt kmpg ..x dan kek nak berposing..nway lina pny jalur pd kek loos cun u!!!

lina said...

sasha - cake ni sedap kan...tak kering and tak manis mmg sesuai makan minum dgn kopi o yg panas berasap tu.

Cikgu isza - pun boleh buat nak sediakan adunan lebih kurang 15 minute lepas tu terus bakar. dan cake ni tak cerewet.

Deliah's Deli said...

unik la belang2 kek ni..suka kek pisang! :)

Post a Comment

Would lurve to hear your thoughts on this.Thanks!

Nuffnang