This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Muharram sudah hampir...

Assalamualaikum semua dan selamat pagi, Muharram semakin menghampiri kita...amalan2 yg perlu kita rebut sebelum menjelma nya tahun baru Hijrah.
♫ 1 Muharram detik permulaan, ♫ Perkiraan tahun Islam Hijrah, ♫ Perpindahan Nabi & umat Islam, ♫ Dari Kota Mekah ke Kota Madinah. ♫ Atas keyakinan & Iman yang teguh, ♫ Kaum Muhajirin & ِAnsor bersatu, ♫ Rela berkorban harta & nyawa, ♫ Demi menegakkan Islam tercinta.
Waaah, nasyid pula... ye ツ.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Amalan yang disyorkan pada bulan Muharram;
☑ 1hb - 9hb ---> sunat puasa.
☑ 10hb ---> sunat puasa A'syura'.
☑ Menyapu kepala anak yatim.
☑ Bercelak mata pada waktu malam.
☑ Menambah perbelanjaan keluarga.
☑ Memperbanyakkan zikir ini sekurang²nya 70 kali.
حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ، نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ الْنَّصِيْرُ
* Cukuplah Allah bagi kami. Dan DIA sebaik² tempat untuk kami berserah diri, DIA sebaik² Penjaga & sebaik² Penolong. Sumber: Kitab Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato' Ismail Kamus.

10 comments:

Unknown said...

Assalam kak Lina,
info yg menarik....semoga thn baru Islam thn ni lebih baik drp tahun yg sebelumnya...insyaAllah tq sharing yer kak:)

Rtp Farra Arisha said...

salam maal-hijrah in advance..:)

lina said...

Nieza wslm - Jom dik kita hijrah kan akal kita kepada yg lebih baik insya ALLAH.

Rtp Farra - Sama2 kita :)

Aida Tamrim said...

Salam kak ..

Banyaknya lah peluang yang Allah bagi kat kita untuk menggandakan amalan kita ni kan. Cuma kita ni je yang kadang-kadang tak berapa nak mnfaatkan .. hmmm ..

Bila nyanyi atau dengar lagu 1 Muharram ni, teringat zaman2 skolah waktu sambutan Awal Muharram dulu .. Kalau bernasyid, mesti lagu ni yang dipilih, kaann .. huhuhu

Terima Kasih kongsi INFO berharga ni dengan kami semua .. ^v^

lina said...

aida - wslm ni semua peringatan utk diri sendiri aida...dan juga pesanan/ wasiat utk anak2 sekiranya nafas diri ini di hentikan oleh penciptaNYA.

quinnie said...

salam maal hijrah buat akak sekeluarga..:) seronok tengok gambar akak bercuti hari tu....:)

quinnie said...

eh tersilap...ingat kat lina_pg tadi..hahaha..abaikan komen saya pasal bercuti tu ek...kekekke

lina said...

q - salam maal hijrah...tak apa tersilap ada perasaan mahabbah :)sesama insan

Aida Tamrim said...

Sedih saya baca jwpn komen akk tuh ... Btol la kak .. Kita ni hidup pun tak tau sampai bila lama mana lagi kan .... ~.~

lina said...

Aida - Mmg itu la hakikatnya yg perlu kita hadapan...sbb memberi pengajaran pada kak lina, org terdekat spt ayah, mak cik yg rapat serya kawan2 yg seusia pergi meninggalkan dunia nan fana...pertanyaan terus buat diri..jika aku yg terbujur kaku spt itu cukupkah amalan apa yg aku buat sepanjang aku hidup aku hidup..

Post a Comment

Would lurve to hear your thoughts on this.Thanks!

Nuffnang