This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Tabarruk dengan Sisa Wudhu’ dan Rambut Nabi SAW

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu...
اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى آله وصحبه وسلم
Wahai ALLAH, Limpahkanlah Selawat dan Salam serta Keberkahan keatasnya (Nabi Muhammad) dan keatas Keluarganya Jika mahu memahami Tabarruk perbincangan ini click ke n3 sebelumnya ke yayasan as sofa sila click di sini credit to yayasan as sofa. Sesuatu pekara yg tidak boleh difikir mengikut logic akal yg sgt dangkal (luar kota fikiran kita). Pada lina sesuatu yg amat berharga dan tidak ada nilai dengan apa jua kita miliki pada hari ini, pada sesiapa yg tahu akan nilai NYA bukan mengikut logic akal. Tidak dpt dijual atau dibeli...sgt Significant.

Kita menyambung perbahasan demi memurnikan kefahaman kita tentang Tabarruk (mengambil berkat dengan sesuatu) agar ia tidak lagi menjadi punca sikap sesat-menyesatkan sesama Muslim. Kali ini kita akan meninjau beberapa riwayat yang menunjukkan Nabi SAW dan para Sahabat RA membolehkan amalan tersebut.

Diriwayatkan daripada Tolq ibn Ali RA, berkata: “Kami telah keluar sebagai rombongan yang diutuskan kepada Rasulullah SAW. Maka kami berbai’ah dengannya dan solat bersamanya serta mengkhabarkan kepadanya bahawa di tempat kami terdapat sebuah biara (tempat ibadah kaum Yahudi). Maka kami meminta kepada Baginda SAW agar memberikan kepada kami sisa air wudhu’nya. Lalu Baginda SAW meminta air dan berwudhu’ serta berkumur-kumur. Kemudian Baginda SAW mengeluarkan air kumurannya ke dalam sebuah bekas untuk kami. Baginda SAW bersabda kepada kami, “Keluarlah kalian. Apabila kalian telah sampai ke tempat kalian, maka robohkanlah biara itu, siramlah tempat tersebut dengan air ini dan jadikanlah ia sebagai masjid.” Kami berkata, “Sesungguhnya tempat kami itu amat jauh dan cuaca amat panas, air ini akan menguap (kering) kerana udara yang sangat panas (dalam perjalanan).” Baginda SAW bersabda, “Tambahlah air (ke dalam bekas ini), kerana ia akan bertambah baik.” (Hadith ini diriwayatkan oleh al-Nasaie dan juga di dalam Misykat (no. 716)).

Hadith ini merupakan asas dan sandaran yang muktabar dan masyhur bagi menunjukkan keharusan bertabarruk dengan Rasulullah SAW, kesan peninggalannya dan semua benda yang berkaitan dengannya. Sesungguhnya Rasulullah SAW sendiri telah mengambil bekas air wudhu’nya dan kemudian memasukkannya ke dalam sebuah bekas, lalu menyuruh air tersebut dibawa bersama mereka untuk memenuhi permintaan dan keinginan mereka.

Sudah semestinya, di sana terdapat rahsia yang amat penting dan kuat yang mendorong mereka meminta air khusus daripada Rasulullah SAW. Sedangkan Madinah ketika itu dilimpahi dengan air, dan tempat mereka juga tidak kekurangan air. Tetapi kenapa mereka berpenat-lelah dan bersusah-payah membawa air yang sedikit dari sebuah negeri ke sebuah negeri? Padahal, jaraknya cukup jauh, perjalanannya begitu panjang, bahkan terik matahari begitu menyengat?

Ya, semua kesusahan itu tidak penting bagi mereka kerana maksud yang terkandung pada air tersebut menjadikan mereka memandang mudah setiap keperitan. Sesungguhnya ia tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengambil berkat dengan Baginda SAW, kesan pusakanya dan semua benda yang berkaitan dengan Baginda SAW. Ia tidak terdapat di negeri mereka dan tidak ditemui di tempat mereka. Bahkan, Rasulullah SAW mendukung dan meredhai perbuatan mereka. Ini dibuktikan melalui jawapan Baginda SAW terhadap persoalan mereka, “Sesungguhnya air ini akan menguap kerana udara yang terlalu panas.” Maka Baginda SAW menjawabnya, “Tambahlah air ke dalamnya (bekas tersebut).” Ini menjelaskan bahawa keberkahan Baginda SAW yang terdapat dalam air tersebut, sentiasa berpanjangan dan berkekalan, sekali pun ditambah dengan air yang lain.

Berkenaan tabarruk dengan rambut Nabi SAW pula, daripada Uthman ibn Abdullah ibn Mauhab berkata: “Keluargaku telah mengutusiku kepada Ummu Salamah dengan membawa sebekas air. Maka Ummu Salamah keluar dengan membawa sebuah bekas (juljul) yang diperbuat daripada perak; di dalamnya terdapat beberapa helai rambut Nabi S. Apabila ada orang yang sakit disebabkan pandangan mata (yang jahat – sihir) atau penyakit lain, maka diutuskan seorang utusan kepadanya dengan membawa sebuah bekas (makhdhabah yang biasanya digunakan untuk mencelup sesuatu). Uthman berkata, “Aku meninjau ke dalam bekas perak tersebut, maka aku melihat terdapat beberapa helai rambut yang berwarna kemerah-merahan.” (Riwayat al Bukhari di dalam Kitab al Libas, bab “Apa yang disebut di dalam al Syaib.”

Imam al ‘Aini berkata: Keterangannya adalah seperti berikut: Ummu Salamah menyimpan beberapa helai rambut Nabi SAW yang berwarna kemerah-merahan di dalam sebuah bekas seperti genta. Apabila terdapat orang yang sakit, maka mereka bertabarruk dengan rambut tersebut, memohon kesembuhan dengan keberkatannya. Dengan merendam sehelai dari rambut tersebut ke dalam sebuah bekas yang mengandungi air, maka orang yang sakit tersebut akan meminum air dari rendaman rambut tersebut. Dengan keberkatan rambut Nabi SAW, maka mereka disembuhkan oleh Allah daripada penyakit yang dihidapi. (Al-‘Aini; ‘Umdah al Qari, Syarh Sohih al Bukhari, 22:49)

Nabi SAW Membahagi-Bahagikan Rambutnya Kepada Beberapa Orang

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Anas RA, bahawa Nabi Muhammad SAW datang ke Mina. Lalu Baginda SAW datang ke Jamrah dan melontar. Kemudian Baginda SAW pergi ke rumahnya di Mina, lalu menyembelih korban. Baginda SAW bersabda kepada pencukur rambut, “Cukurlah!” Baginda SAW menunjukkan ke sebelah kanan kepalanya, kemudian ke sebelah kiri. Kemudian Baginda SAW membahagikan rambutnya kepada orang ramai.

Berdasarkan riwayat Imam Ahmad di dalam al-Musnad, disebutkan bahawa Rasulullah SAW mengirim rambut dari bahagian kanan kepalanya melalui Anas RA kepada bondanya, Ummu Sulaim (isteri Abu Talhah). Dia berkata di dalam riwayat tersebut:“Tatkala mencukur kepalanya di Mina, Rasulullah SAW mengambil keratan rambut dari bahagian kanan kepalanya dengan tangannya. Setelah selesai, Baginda SAW memberikannya kepadaku, seraya bersabda, “Wahai Anas! Bawalah ini kepada Ummu Sulaim.” Katanya: Apabila orang ramai melihat rambut (di sebelah kanan) yang dikhususkan kepada kami itu, mereka berebut-rebut pula untuk mendapatkan rambut dari sebelah lagi. Orang ini mengambil sedikit, dan orang ini pula mengambil sedikit.”

Terkandung di dalam kisah-kisah ini, amalan bertabarruk dengan rambut Rasulullah SAW dan barang-barang peninggalan Baginda SAW. Imam Ahmad telah meriwayatkan di dalam Musnadnya daripada Ibnu Sirin, bahawa beliau berkata: Maka telah meriwayatkannya kepadaku oleh ‘Abidah al-Salmani (maksudnya hadith di atas). Lalu dia berkata, “Jika ada padaku sehelai rambut daripadanya (rambut-rambut Rasulullah SAW), lebih aku sukai daripada segala yang putih (perak) dan yang kuning (emas); yang terdapat di atas permukaan dan perut bumi ini.

Begitu juga ramai ulama telah meriwayatkan bahawa Khalid ibn Walid RA mempunyai beberapa helai rambut Rasulullah SAW yang disimpan di dalam kopiahnya. Oleh kerana itu, tidak ada peperangan yang disertainya melainkan kemenangan berpihak kepadanya. Penjelasan ini dikuatkan lagi oleh ulama’ sebagaimana yang disebut di dalam al Sirah, bahawa Khalid ibn Walid meminta Abu Talhah ketika membahagi-bahagikan rambut Rasulullah SAW kepada orang ramai supaya memberikan beliau rambut Rasulullah SAW dari bahagian hadapan kepala Baginda SAW. Abu Talhah RA pun memberikannya. Rambut bahagian depan kepala Rasulullah SAW itu pula menjadi sebab kemenangan yang dicapai oleh Khalid ibn Walid dalam setiap peperangan yang disertainya. (Al ‘Aini; ‘Umdah al Qari, 8: 230-231).

Sudah tentu kisah ini semua kita fahami dengan melapik fahaman bahawa air wudhu’ atau rambut Nabi SAW itu tidak memberi bekas dengan sendiri melainkan semuanya dengan kekuasaan dan izin Allah SWT dengan kedudukan dan pangkat Nabi SAW di sisi Allah SWT.

3 comments:

Min said...

thanks for sharing this info...

Unknown said...

assalam kak Lina, n3 dgn info yg menarik...tq sharing ya:)

lina said...

Min - sama2

nieza - wslm sama2

Post a Comment

Would lurve to hear your thoughts on this.Thanks!

Nuffnang