This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Tuanku Muhriz saksi kerjasama penubuhan Kuliyyah Al-Azhar Malaysia

Syukur Alhamdulilah perbagai cabaran telah di lalui oleh warga As Sofa...Kami mendoakan agar usaha murni ini mendapat innayah ALLAH s.w.t. Semoga semua warga As sofa di rahmati dan di redhai ALLAH atas perjuangannya kernaNYA dan rasul s.a.w. Semoga ALLAH mempermudahkan usaha2 ke arah melahirkan Ulama2 serta professional Ahli Sunnah Wal jaamah.

KUALA PILAH 31 Okt. - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir hari ini berangkat menyaksikan majlis menandatangani kerjasama penubuhan Kuliyyah Al-Azhar Malaysia di Istana Besar Seri Menanti di sini.

Kerjasama itu adalah antara Yayasan Sofa Negeri Sembilan (Yayasan Sofa) yang dinaungi oleh baginda dengan Universiti Al-Azhar, Mesir.

Pada majlis tersebut, Universiti Al-Azhar diwakili oleh Presidennya, Profesor Dr. Usamah Mohamed Hassan Elabed manakala Yayasan Sofa oleh Pengasas-Penasihatnya, Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz.

Dalam titah baginda, Tuanku Muhriz mahu usahasama dan kerjasama itu diteruskan kerana ia akan membawa manfaat yang besar kepada umat Islam di negeri ini.

Baginda bertitah, manfaat itu diberi melalui tawaran kursus oleh Kuliyyah Al-Azhar, sebuah fakulti khas yang diwujudkan di Universiti As-Sofa yang didirikan di negeri ini.

"Gagasan Universiti Al-Azhar melalui pendidikan perlu diambil semangatnya terutama apa yang diwariskan oleh para ulama dengan memahami dengan tepat ajaran mereka dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian," titah baginda.

Sementara itu, Yang Dipertua Yayasan Sofa, Dr. Yusri Mohamad berkata, kerjasama itu menyaksikan penubuhan secara bersama sebuah fakulti khas untuk pengajian Islam menurut acuan Universiti Al-Azhar, Mesir di negara ini.

"Ini bermakna kuliyyah berkenaan adalah sebahagian daripada Universiti As-Sofa yang ditubuhkan oleh Yayasan Sofa," katanya.

Menurutnya, pengajian di bawah Kuliyyah Al-Azhar Malaysia akan dimulakan dengan kursus dalam bidang Usuluddin dan Syariah dan mungkin disusuli dengan Pengajian al-Quran dan Bahasa Arab.

"Bagi kursus berkaitan profesional pula, ia akan menjurus kepada bidang pengurusan berteraskan Islam," ujarnya.

Credit to Utusan Malaysia.

2 comments:

Nieza said...

asslam kak lina, apa khabar, dah byk kali cuba masuk blog akak hari tu tapi tak boleh ada malware..hari ni try ok pula. Bagus info ni kak:)

lina said...

Nieza - Terima kasih singgah dan seterus memberi tahu masalah malware....ni mcm sejenis anti virus...nnt lina check..

Post a Comment

Would lurve to hear your thoughts on this.Thanks!

Nuffnang