This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Apple pie


Alhamdulillah....first try apple pie in the house....Alhamdulillah tidak menghampakan....recipe cedok drp blog En Mat gebu....mmg berbaloi utk mencubanya....terima kasih En mat...beliau ada perbagai version apple....apple merah, hijau dan kismis....serta lina tambah kan sedikit jus limau....mmg mantap gabungannya.

APPLE PIE MAT GEBU

Bahan-bahannya:- ( 10 orang ke atas )

6 biji epal hijau, dikupas kulit, potong 12 setiap 1 biji epal

200 g gula pasir

50 g kismis

20 g tepung jagung, bancuh dgn sedikit air


UNTUK DOH PIE :-

500 g tepung halus (tepung gandum pun boleh......)

200 g mentega

2 biji telur Gred A, dikacau sedikit

250 g gula halus


Cara-cara nya:-

  1.  Dalam periuk masak gula pasir hingga cair dan keperangan. 
  2. Masukkan epal dan kismis. Gaul rata. 
  3.  Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat. Sejukkan.
  4. Untuk doh pula, ayak tepung dan gaulkan dengan gula halus hingga rata. 
  5. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan2 serbuk roti. Tuang telur yg telah dikacau tadi   sedikit demi sedikit sambil digaul hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk adunan. Jangan bimbang jika telur tidah habis digunakan. 
  6. Bungkus dgn plastik dan sejukkan 30 minit.
  7. Selepas 30 minit keluarkan doh dan biarkan sebentar. Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal. Doh mesti dicanai lebih besar dari mangkuk pie.
  8.  Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan dgn cermat terbalikkan doh ke dalam mangkuk pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam mangkuk itu. Potong lebihan doh.
  9. Tuangkan inti yang telah sejuk.
  10. Tutup permukaan pie dgn lebihan doh, buat cara sama seperti cara no.7 & 8. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit.
  11. Sejukkan pie sebelum dipotong. Selok2nya gunakan tin khas untuk membuat pie atau quiche yg dasarnya boleh ditanggal keluar

Sent from my Samsung Galaxy Tab 0 comments

Nasi maqlubah /Upsitedown


Alhamdulillah our dinner tonite......nasi maqlubah.....Alhamdulillah semua ahli keluarga sukakannya....



Sent from my Samsung Galaxy Tab 0 comments

Gulai ikan tongkol kelantan & sambal sotong


Alhamdulillah selesai sudah makan tenghari....

Sent from my Samsung Galaxy Tab 0 comments

Ubi rebus cicah kelapa gula merah & laksa nyonya



Alhamulillah....musim hujan2 ni sedap makanan mcm ni....laksa nyonya dan ubi rebus cicah dgn kelapa gula merah.....sedap.....laksa nyonya....sudah semestinya....musim sejuk makanan berkuah makan panas2....pastu Zzzzz....ngeh...ngeh....selamat bercuti....


Sent from my Samsung Galaxy Tab 0 comments

Aglio olio

Ringkas dan sedap......lebih kan cili kering....lg umppp  tambah serbuk cheese.....


Sent from my Samsung Galaxy Tab 0 comments

Spaghetti bolognese


Alhamdulillah our dinner.....



Sent from my Samsung Galaxy Tab 0 comments

Majlis khatam Al Quran 14/Dec/2013 11safar 1435


Alhamdulillah sedang berlangsung majlis pengkhataman KalamuAllah.....semoga anak2 ini sentiasa dihiasi oleh Al Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w... Al fatihah....amin....



Sent from my Samsung Galaxy Tab 0 comments

Pengat labu gula melaka



Pengat labu.....


Sent from my Samsung Galaxy Tab 0 comments

Labu masak lemak ikan masin


Alhamdulillah....labu masak lemak ikan talam masin.....terbaik....



Sent from my Samsung Galaxy Tab 1 comments

Salmon grill with lemon


Homemade salmon grill with lemon...



Sent from my Samsung Galaxy Tab 0 comments

Mari meroti...hujan2 sedap...



Jom makan roti... dengan teh o.....panas....hari mendung je kat luar sana...Alhamdulillah rezeki dan nikmat yg tak pernah surut drp yg ESA....


Sent from my Samsung Galaxy Tab 0 comments

Emping beras


Lama nya tak jumpa emping beras ni......officemate bagi baru balik drp kedah....kat sana ada padi..boleh buat emping....tempat2 lain macam dh lupus je....sukar nak cari...nak makan dgn kelapa campur dgn gula melaka....terima kasih mida....



Sent from my Samsung Galaxy Tab
0 comments

Singgang daging


Petang semlm tengok kt blog amie's.....kata nya sedap sgt singgang daging.....suka menu yg ringkas tp sedap....mai campak semua rebus dan tinggalkan sehingga daging empuk.......bau nya semerbak....tq amie dan yatie memories....

sumber amie's dan yatie memories

Bahan-Bahan
  • 500 gm daging batang pinang - kalau dagiing biasa, rebus hingga empuk dulu
  • 4 keping asam keping
  • 2 btng serai- di ketuk
  • 2 sudu besar cili kisar ( lina letak sikit je sebenarnya lg pedas lg sedap )
  • Garam gula to taste
  • Air secukupnya untuk kuah
  • Bahan dimayang:
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
Bahan ditumbuk - tak payah hancur sangat
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu kecil lada jitam
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • sedikit belacan- saya tambah - tak bubuh
Cara-cara:
  1. Cukup senang, masukkan semua bahan2 yang telah dimayang, yang telah ditumbuk, asam keping, garam gula, daging dan air ke dalam periuk.
  2. Renehkan hingga daging empuk. Rasakan semua rasa secukupnya.
  3. Sedap sangat, actually this is the Kelantan version of beef stew. YUUMMmmmmYYYY!



Sent from my Samsung Galaxy Tab 1 comments

Torte coklat badam Dr Ezani



Sesiapa peminat coklat dan badam..boleh cuba...tak rugi cuba....berbaloi..


Sent from my Samsung Galaxy Tab 0 comments

Nasi Ayam ungkep olahan drp amie's



Berbaloi utk dicuba menu ringkas, enak dimakan...serta sedap....disukai....link terdahalu dgn recipe sekali


Sent from my Samsung Galaxy Tab 0 comments

Ayam ungkep



Alhamdulillah.....sedap rupa nya masak ayam  macam ni simple, cepat dan mudah.....sedap dimakan dgn nasi panas....Terima Kasih amie.....berbaloi memcuba nya

Sumber lina cedok drp blog Amie's little kitchen

Resepi : Nasi Ayam  ( Nasi ayam amie ni lina belum memcuba lagi next time simpan dulu recipe ni....ngeh....Tq Amie...
Idea dan Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi - rendam selama 10 minit dan kemudian basuh bersih
3cm halia - hiris nipis
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan serbuk pati ayam Maggie
1 helai daun pandai - siat dan simpulkan
air secukupnya - anggaran 1:1.5 (1 cawan beras = 1.5 cawan air)

Cara:
1. Campurkan kesemua bahan di atas ke dalam rice cooker.
2. Tekan suiz memasak dan jangan dibuka sehingga nasi masak dan kering.
 
Resepi : Ayam Ungkep (Masakan tradisi masyarakat Jawa di Kampung Bukit Hijau, Jeram, Selangor)
Olahan : Amie's Little Kitchen



Bahan-bahan:
1kg daging ayam - potong 8 - lumur dengan sedikit garam & kunyit - perap seketika
2 batang serai - dititik
3 cawan air
minyak
garam / gula / perasa pilihan
2 helai daun salam - saja Amie tambah, sebenarnya orang kampung kami tak gunakan daun salam  ( ni lina tak letak)

Bahan tumbuk / kisar:
5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah 
sejemput ketumbar biji
sejemput jintan manis
sejemput jintan putih
3 cm kunyit hidup
3cm halia
15 biji cili padi 

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.
2. Masukkan  serai ( dan daun salam) dan daging ayam dan kemudian gaul rata hingga ayam kelihatan layu atau berubah warna.
3. Tambahkan air, garam / gula / perasa pilihan.
4. Tutup kuali rapat-rapat.
5. Kacau sekali-sekala untuk memastikan daging ayam tidak hangus kekeringan atau hancur.
6. Apabila kuah kering (jika suka kuahnya tak perlu masak sampai kering), dan ayam empuk, matikan api.
 



Sent from my Samsung Galaxy Tab 0 comments

Chicken mandy



Alhamdulillah....makan tengaha hari chicken mandy....kali cuba letak arang di bakar atas dapur gas...lepas tu arang yg di bakar dibungkus dan masukan ke dlm periuk nasi spt dlm gambar.....mmg wangi...nk tahu kena cuba....


Sent from my Samsung Galaxy Tab 0 comments

Sandwich cake...the best among the best



Sandwich cake in the house ..ummi ita....tqvm lots of love to u...will share the recipe...nite...assalamualaikum....


Sent from my Samsung Galaxy Tab
1 comments

Cycle of life.....

0 comments

Homemade pizza



Namanya homemade...apa yg terlintas nak letak sbg topping boleh ;) ayah su bila nk buat lg...


Sent from my Samsung Galaxy Tab 1 comments

Marie layer cheesecake...




Kali ni baru rasa puas hati marie layer cheesecake....kakak  ada potluck kt taski....hari ni semua bawa bekal yg sama ke destinasi masing2 termasuk lil ahmad.....ada yg tak letak mangga dh abis stock.... :) rasa lebih kurang tiramisu.....gambar tergesa2 nk ke destinasi masing2....

mai check recipe nya

sumber hasil carian google Rahsia Hati

BAHAN-BAHAN:
1. 250g cream cheese - suhu bilik yer, kalau tak jadi ketul2 nanti (i pakai jenis tatura, nk pakai yg philadelphia pon boleh)  Lina guna 500g.
2. 250ml whipping cream (i pakai brand anchor)
3. 2/3 cawan gula ising (pakai gula biasa pon boleh)
4. 1/2 cawan susu full cream.(lina tambah satu cup lg)
5. 1 sudu besar gelatin (i biasa pakai brand halagel atau nona) Lina letak sikit je...
6. lebih kurang 40 keping biskut marie (perisa original )
7. sedikit parutan cheddar cheese utk topping (letak oat dan mangga)
8. sedikit parutan white choc utk topping ( Tak letak...
CARA-CARA:
1. pukul whipping cream sampai kembang/pekat (tips: jgn terlalu lama/laju sbb nanti boleh jadi air/cair balik)
2. sambil pukul whip cream sambil masukkan gula sikit2..dah siap alihkan ke tepi
3. dlm bekas lain, pukul cream cheese dgn susu full cream sampai lembut.
4. satukan cream cheese, whip cream & gelatin. gaul rata guna senduk/spatula. gelatin tu cairkan dgn 2 sudu besar air suam sampai warna dia agak jernih/tunggu dalam 2-3min baru masukkan.
5. susun biskut marie dalam loyang...kalau nak dapatkan layer yg cantik, bahagian kosong tepi2 biskut marie tu penuhkan dgn serpihan biskut marie lain.
6. tuangkan adunan atas biskut marie tadi...buat layer by layer
7. permukaan atas sekali, hiaskan dgn cheddar cheese & white choc
8. simpan dlm chiller lebih kurang 2 jam/ sehingga keras


Sent from my Samsung Galaxy Tab 0 comments

Roti bakar + milo panas



Hujan lebat kat luar tu... minum petang gini sedap..makan roti bakar + milo panas.....alhamdulillah dh kenyang...masa utk pulang...


Sent from my Samsung Galaxy Tab 1 comments

Gulai kawah / gulai darat



Gulai kawah....homemade....sepatutnya tak perlu letak serai dan daun kari..reripe di di kongsi oleh officemate....rempah gulai ni pun pemberian kawan drp kelantan...dh lama simpan baru teringat nk memcuba...

 BAHAN-BAHAN :
900 g daging tetel
1 paket rempah gulai darat Selising (kalau xde guna rempah kari daging)
1/2 kg santan
3 biji kentang
1 tbsp kerisek
sedikit gula melaka @ nisam
sedikit budu (yg ni agak2 je)
sedikit air asam (yg ni letak asam keping pun boleh)
garam secukup rasa
secukupnya air untuk merebus
DIKISAR :
1/4 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
1 inci halia
1 hiris lengkuas
sedikit kunyit hidup

 Satukan daging, bahan kisar dan juga rempah gulai di dalam periuk. Masukkan bersama satu sudu besi agar daging cepat empuk. Tambah air secukupnya.
 Masak di atas api sederhana sehingga daging empuk.
Tambah air jika daging masih keras.
 Kemudian masukkan santan dan juga kentang. Masak hingga kentang empuk. 
 Tambahkan kerisek, nisam dan juga budu.
 Masak lagi hingga mendidih. Masukkan garam dan juga air asam jawa secukup rasa.
 Setelah terbit minyak dan sebati rasanya
bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi @ roti benggali. Nyumm...nyummmm

Sent from my Samsung Galaxy Tab
0 comments

Apam beras

Sgt lembut....
1/2 adunan menghasil lebih kurang 30 biji apam comel
Peneman Setia.....beberapa biji telah di makan.....lembut kan ahmad...walaupun masa dh menujukkan jam 12.30 am


Alhamdulillah....apam beras....Recipe biasa lina ambil drp blog Yatie memories....yatie merupakan peminat kuih jenis kukus....mmg sgt berbaloi....Terima kasih teruskan usaha kongsikan menu kuih2 lama....

Sumber drp blog Yatie memories
Bahan-bahannya.


  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 1/2cwn gula pasir
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.


Sent from my Samsung Galaxy Tab 0 comments

Mari dapatkan buku utk mengenal Syiah Imamiah....sgt penting utk dimiliki oleh kita sebagai ibubapa....

 
Kitab ini diterbitkan sempena Program Ancaman Syiah Imamiah semalam (09/11/2013) di Masjid Negeri, anjuran MAINS, SEG dan Kolej Islam As-Sofa. Kagumku pada Syeikh, walau beliau sibuk menguruskan badan pentarbiahan yang banyak di bawahnya. Dengan DaQwah, STIAS, Kolej, Kuliah, MAINS dan macam-macam lagi. Namun, beliau tetap punya masa untuk membaca, melakukan penyelidikan dan mengeluarkan Kitab-Kitab Ahli Sunnah untuk membenteng Aqidah ummat. Untuk mengradd hujjah-hujjah ahli bidaah khususnya Syiah yang kian menular di Malaysia kini.

Mereka menghina Nabi, Ahli Bait, Sohabat dan macam-macam lagi kebathilan. Maka di mana BUKTINYA?

Nah, hasil daripada pembacaan MANUSKRIP dan pengkajian daripada ratusan kitab Syiah sendiri yang telah diselidik dan dikaji oleh Syeikh, maka hasillah "Kitab Doktrin Syiah Imamiah" ini.

Di dalamnya terdapat banyak sangat hujjah-hujjah, pandangan syiah dan bukti kebathilan syiah daripada Kitab Syiah sendiri.

Maka sangat wajar untuk kita miliki Kitab ini, khususnya buat Siswa Siswi, Pemikir Islam, Asatizah dan Ulama' kerana kitab ini menghimpunkan nas-nas daripada "poket" Syiah sendiri.

Untuk memilikinya, sila hubungi 013-2726387. Sebarkan demi Rasulullah, Ahli bait, Sohabat dan Ahli Sunnah!
 
0 comments

Nasi mandy lagi...

Alhamdulillah selesai sudah makanan tengahari.....siapa nak order package rm 49.90 sedulang....ngeh..ngeh....




Sent from my Samsung Galaxy Tab 0 comments

Nuffnang