This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Roti Sexy Mat Gebu

Ari tu kan dh cakap nak buat lg roti....Dah puas ati dah buat roti yg ini...nnt kan roti2 yg lain pulak ye.....ni n3 terdahulu......Sorry ye En mat lina letak nama tu sempena gembira dengan hasil roti nyer itu...jadi lina tambahkan Roti sexy mat gebu :) Apa pun terima kasih ye berkongsi cara membuat nyer.....walaupun tak secantik mat gebu sendiri yg buat...lina dpt tempias2 jer ni....budak baru belajar..... Mai tengok recipe nyer ye.... Bahan-Bahannya :-) 200 g tepung roti (high-protein flour) 1/2 camca teh garam 1/2 camca teh bread improver5 g gluten (mat ganti dgn 1/2 camca teh bread softerner) 40 g gula halus 6 g instant yeast30 gram telur, pukul 1 biji telur kemudian timbang 95 ml air ( Uli tepung tu letak air sedikit kalau dh jd doh jangan letak lagi nnt lembik sgt..) 30 g mentegaTelur + esen vanilla, untuk disapu Sedikit gula pasir kasar 1. Satukan semua bahan diatas kecuali mentega, ke dalam mangkuk adunan, uli hingga menjadi doh, tambah mentega, terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Bulat2kan, alih dalam bekas dan bungkus dengan plastik, biar 45 minit - 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan "on", tunggu hingga siap. 2. Tabur meja kerja dengan sedikit tepung gandum, keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang udara. Bulat kan dan canai seperti dalam gambar. Potong kepala 12 bahagian sama besar (agak2 jee). 3. Kemudian gulung satu persatu potongan tadi secara berhati2 dari luar ke dalam (dari bahagian besar ke bahagian kecik), kemas kan dan alih ke dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap. 4. Biar 45 minit hingga doh mengembang. Sapu dengan telur (lebihan yang 30 gram tadi) + esen vanilla pada setiap doh roti, tabur sedikit gula pasir kasar. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan, sejukkan atas jaringan atau boleh juga dihidangkan panas2...

7 comments:

Aleya said...

emmm nyum nyum nyumm!! sedapp sangat roti nihh!!! kak lina len kali jangan tinggal dalam oven tau.. :D kak lina buat lagik... nanti bg aleya lg yer?

wifemdnavy said...

uihh... bes nyer.. antar la roti tu kat ampang.. he he

lina said...

aleya - Insya Allah boleh :)

Azira - Insya Allah boleh nnt akak dtg umah akak bawa kan ya. lutfi dah boleh makan ke?

Unknown said...

Salam K.Lina,
wah rajinya buat roti kak....saya datang tgk roti sexy ni....cun tu.. sure sedap ni ada lagi ke tak kak?..nk minta seketoi...hihi

lina said...

Nieza - boleh2...mai ambil seketul dua...cukup ke tu :)

Aida Tamrim said...

Cedapnye...Ari tu tak dan nak rasa... :)

lina said...

aida - :) Next time yerk

Post a Comment

Would lurve to hear your thoughts on this.Thanks!

Nuffnang